💋 •BAB 54•

66.2K 3.6K 434
                                    

"ABANG!"

Enrique yang baru sahaja mahu mencapai cawan di atas meja kopi tersentak mendengar perkataan itu. Hampir sahaja dia terjatuh ke hadapan. nasib baik meja kopi itu menjadi penyelamatnya.

Ya Allah!

Terkebil-kebil mata Enrique memandang Ammara Rose yang bukan main melenggok macam itik pulang petang ke arahnya.

Nak mati ke apa?

Ammara Rose menghenyak punggung di tempat letak tangan sofa di sebelah Enrique Dannika. Bibir setia tersenyum manis walaupun dia perasan akan pandangan maut Enrique Dannika yang tak lepas memandang ke arahnya.

Ammara Rose pandang Enrique.

Enrique Dannika pandang Ammara.

Ahh sudah! Habis ahh gini lawan mata sampai subuh besok.

Ammara Rose buat-buat ketawa kecil sebelum dia bangun dan berpindah tempat duduk ke sebelah Enrique Dannika.

Enrique diam memandang langkah Ammara Rose yang melepasinya sebelum sofa ruang di sebelahnya tenggelam sedikit.

"Abang buat apa tu?" Tanya Ammara Rose. Sengaja dia mendekatkan jarak dengan Enrique. Bagai mahu mengintai laptop di riba lelaki itu.

Biasalah.

Bisnes.

Enrique merenung tajam kepala Ammara Rose yang sangatlah 'tidak sengaja' menghalang pandangannya ke arah skrin laptop. Nasib isteri...

"What are you doing, Rose? Can't you see. I'm busy." Ujar Enrique. Tenang sahaja gayanya. Tapi dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu.

Bibir Ammara Rose terus memuncung mendengarnya.

"Abang yang bawa saya ke rumah umi. Ingatkan bolehlah Rose luangkan masa dengan abang. Tapi hmm. Abang pun busy." Ujar Ammara Rose lembut. Merajuk. Tapi dalam diam dia tersenyum penuh kemenangan.

Hahah!

See my level?

Enrique tiba-tiba rasa triggered bila melihat Ammara Rose 'merajuk'.

Oh heck.

Gurl!

Dari ekor mata, dia perasan akan susuk tubuh yang memandang ke arah mereka dari jauh. Mata tajam mencerun memandang Ammara Rose pula. Enrique senyum senget tatkala dia menangkap permainan yang cuba dimainkan isterinya.

Okay darling.

I get you.

"Maaf sayang. Jangan lah merajuk." Enrique tutup laptop di peha sebelum laptop itu dipindahkan ke atas meja kopi.

Nak berlakon ya sayang? Meh saya berlakon sama ya...

Tanpa amaran, Enrique terus meletak tangan di kiri dan kanan Ammara Rose. Mengunci gadis itu di dalam ruangnya. Ammara Rose mengecilkan diri di tempatnya. Giliran dia pula yang terkebil-kebil memandang Enrique.

"Pandai kau balas dendam ya." Bisik Enrique Perlahan. Cukup hanya Ammara Rose yang mendengar.

Berkerut dahi Ammara Rose mendengarnya.

"Balas dendam?"

"Ya. Tapi tak apa. Semalam kau dah tolong aku. Hari ni biar aku yang tolong kau. Okey sayang?" Enrique senyum jahat. Sebelum tangannya naik merangkul pinggang gadis itu.

Tersentak Ammara Rose saat merasa tangan kasar itu merangkul lembut pinggangnya. Air liur ditelan melepasi anak tekak yang tiba-tiba rasa kering.

Gulp...

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now