💋 •BAB 58•

60.3K 3.1K 226
                                    

CLEOPATRA dan Q masing-masing memandang pelik Ammara Rose. Wajah Ammara Rose bukan main serius semacam sahaja. Macam bulan tengah mengambang.

"Kau badmood semacam je. Kenapa?" Tanya Cleopatra.

Q terus jatuhkan kepala mendengarnya. Baru dapat tangkap. Padanlah suasana office tadi macam baru lepas dilanda ribut taufan. Sunyi semacam. Ammara Rose mengamuk rupanya.

Well...

Kalau Ammara Rose mengamuk, aura dia memang lain macam.

Ammara Rose terus menutup kasar fail di atas mejanya.

Q terus kecilkan tubuh di tempatnya. Ok. Yang ni lagi seram.

"Sejak beberapa minggu ni, ada orang asyik pecah masuk bilik pejabat aku. I'm trying to wondering why. But there is no traces of anything. Aku tak tahu apa orang tu cari." Ammara Rose meraup wajah sebelum tubuh disandarkan ke kerusi empuknya.

Urgh!

"There is no traces, like what you've just said. But how did you know that someone just break in your office?" Tanya Cleopatra. Pelik juga bila Ammara Rose cakap yang pejabatnya dipecah masuk tapi si penceroboh langsung tidak meninggalkan jejak.

Tapi tak pelik juga kalau Ammara Rose orangnya. Ammara Rose seorang yang teliti dan peka dengan keadaan sekeliling. Buktinya, dulu dia pernah jumpa kamera tersembunyi di pasu besar di mansion King dulu. Bila ditanya macam mana dia tahu, tenang sahaja dia memberi jawapan.

'...Someone moved that vase. The koi fish on that vase used to be a little left. But now, it is at least 45 degress from where it used to be...'

Don't worry.

Takkan ada orang yang tahu macam mana dia boleh fikir sampai macam tu. Mungkin itu kebenaran. Mungkin juga Ammara Rose sedang bersarkastik ketika itu.

Ammara Rose loves sarcastic.

For her, sarcasm is an art of words.

It's beautiful.

"Betul. Macam mana kau tahu ada orang pecah masuk pejabat kau? Aku tengok semua elok-elok je." Ujar Q. Mata hitamnya asyik memandang sekeliling yang masih sama macam satu bulan yang lalu. Tak ada yang berubah pun.

Hek!

Ammara Rose diam seketika.

"Or maybe he or her have left something for me?" Gumam Ammara Rose perlahan. Mata mula memandang almari kaca yang penuh dengan fail-fail penting itu semula. Mencari sesuatu.

Cleopatra dan Q berpandangan seketika sebelum mereka terus bangkit dari duduk. Mula bergerak ke setiap pelusuk pejabat besar ini. Mencari sesuatu.

Ammara Rose menolak sedikit kerusi yang didudukinya dari meja. Laci-laci di sisi mejanya dibuka dan digeledah tenang. Mencari sama.

Cleopatra yang sedang memeriksa di sofa berangkai tiga di ruangan besar terus tegakkan tubuh. Bantal-bantal kecil tadi disusun semula. Tangan naik mencekak pinggang.

Mana lagi nak cari?

Perlahan-lahan matanya melirik ke arah pasu hitam dengan bunga keemasan di atas meja kopi. Dalam pasu itu, ada bunga-bungaan ros sintetik berwarna merah. Trademark Ammara Rose. Tapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Terdapat sekuntum ros hitam di antara bunga-bunga ros merah itu. Perlahan-lahan Cleopatra mendekati meja kopi. Tubuh membongkok menyentuh ros hitam itu sebelum perlahan-lahan bunga ros itu diambil keluar dari pasu tadi.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now