💋 •BAB 17•

38.8K 2.7K 178
                                    

"OUR weapons have safely arrived." Lapor Cleopatra. Tenang sahaja wajahnya ketika itu walaupun bukan main gigih mereka hendak merampas semula lori yang membawa senjata King semalam.

Clarissa Rose hanya menjatuhkan kepala. Menerima laporan itu.

"Bring him in." Arah suara Clarissa.

Cleopatra akur. Kakinya terus diangkat keluar dari bilik kerja itu. Lama dia menghilang sebelum muncul semula bersama seorang lelaki di sebelahnya.

Wajah pucat itu semakin pucat sebaik sahaja melihat pandangan mata kelabu Clarissa. Terus dia menjatuhkan pandangannya.

"You have a lot of things to convince me with. Don't you?" Suaranya bergema di dalam bilik pejabat itu. Membuatkan lelaki itu terus menjatuhkan lutut.

Menyenget bibir Clarissa Rose.

"I'm sorry. I had to." Lelaki itu merayu-rayu kepadanya. Merayu agar dimaafkan.

Clarissa Rose yang mahu membuka mulut terus terdiam. Perlahan-lahan tangannya naik memegang dada. Dia dapat mendengar sendiri betapa laju degupan jantungnya ketika itu.

Rasa yang tidak enak.

"Athena? You good? Is your wound hurt?" Tanya Cleopatra. Risau pula melihat Clarissa Rose yang berada di dalam dunianya sendiri itu. Manalah tahu luka tembakan di tangan gadis itu tiba-tiba rasa menyengat.

"I'm just... fine." Wajah Clarissa Rose berubah tegang. Mata kelabunya kembali memanah tajam wajah lelaki itu.

Tiba-tiba telefon bimbit di atas mejanya bergetar. Menandakan ada panggilan masuk. Clarissa berdecit. Matanya menjeling skrin telefon.

Unknown.

Lambat-lambat dia menjawab panggilan telefon itu.

Diam. Tiada bunyi dari pemanggil. Lama. Bertaut keningnya. Apa benda ni?

"Hello?"

Tiba-tiba ada bunyi kaca berderai seiring dengan bunyi tembakan. Kemudian sayup-sayup kedengaran bunyi suara nyaring seorang perempuan. Menjerit sesuatu. Namun telinganya tidak dapat menangkap butir bicara itu.

"Hello!"

Clarissa mendengus kasar apabila masih tidak menerima jawapan. Bunyi suara bertelagah kembali berbunyi dari sorong telefon.

Prank call?

Scammer?

Atau acah-acah paranormal activity?

Hantu salah nombor?

Gila!

Clarissa Rose geram. Terus dia menjauhkan telefon dari telinganya. Mahu memutuskan panggilan.

"Hello?"

Sayup-sayup ada suara perempuan dari corong telefon. Automatik Clarissa kembali menekap telefon di telinga.

"Anything miss? Or you called a wrong person?" Tidak bernada nada suaranya. Namun cukup sinis di telinga yang mendengarnya.

Senyap sunyi. Tiada lagi bunyi suara-suara bertelagah.

Clarissa Rose rasa nak baling telefonnya ke dinding. Siapa pula yang hendak bermain-main dengannya ni? Nak mati?

"No i don't Athena."

Terus tegak duduk Clarissa Rose mendengarnya. Suara ini...

Sounds familiar.

"Want to know something?" Sinis sungguh suara perempuan di talian itu.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now