💋 •BAB 62•

62.7K 3.4K 426
                                    

ENRIQUE mengesat rambutnya yang basah dengan tuala di tangan. Pintu bilik air ditutup perlahan seraya langkah diatur menuju ke katil.

Enrique diam melihat Ammara Rose yang tenggelam dalam lenanya. Wajah itu lembut dan tenang.

Enrique perlahan-lahan melabuhkan punggung di birai katil. Tanpa bicara, tangannya naik mengelus lembut pipi itu.

Enrique mengeluh perlahan.

What should i do?

Telefon di atas meja kecil yang tiba-tiba berdering itu menarik perhatiannya. Terus dia capai telefon yang menjerit minta dijawab itu. Takut mengganggu lena Ammara Rose.

Sebaris nama di skrin telefon itu membuatkan wajah Enrique berubah sedikit.

Panggilan itu diangkat.

"Hello bruh."

Arlo.

AMMARA ROSE perlahan-lahan membuka mata apabila cahaya matahari menerobos masuk ke ruangan kamar ini. Terkenyit-kenyit matanya memandang sekeliling. Masih mamai.

Jam digital di meja sebelah dijeling. Automatik tangan naik meraup wajah.

Astaghfirullah halazim. Dah pukul tujuh lebih!

Ya Allah.

Ammara Rose memandang pula ke arah susuk tubuh tegap yang tegak berdiri membelakanginya di balkoni.

Bibirnya menarik senyum nipis melihat lelaki itu. Lama dia diam mencuri-curi lihat Enrique. Lelaki itu asyik berbual di telefon. Dan Ammara Rose semestinya akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya. Bukan selalu dapat usyar suami sendiri.

Melihatkan rambut hitam itu yang kelihatan basah dan bathrobe hitam di tubuhnya, Ammara Rose sudah dapat mengagak yang lelaki itu sudah mandi.

Hmm.

Handsome.

Sedang asyik usyar suami sendiri, tiba-tiba lelaki itu memusingkan tubuh dan mata amber itu tepat menikam ke arahnya. Mengeras tubuh Ammara Rose.

Alamak. Kantoi.

Ammara Rose terkebil-kebil sendiri. Namun mata masih melekat dengan pandangan lelaki itu.

Enrique cuma tenang menyandarkan tubuh di pagar di balkoni. Telefon bimbit masih melekap kemas di telinga. Namun bibirnya menyenget sedikit saat melihat reaksi comel Ammara Rose bila kantoi usyar suami sendiri.

Ammara Rose senyum nipis.

Cover malu...

Ammara Rose terus bangkit dari perbaringannya. Jubah tidur yang tersangkut di kepala katil di capai dan disarung ke tubuh. Tiba-tiba rasa seram sejuk satu badan. Mungkin sebab dia pakai gaun tidur. Air-cond.

Baru sahaja nak lari keluar dari bilik, telefonnya pula berdering. Menggelabah Ammara Rose mencari telefon bimbitnya.

"Mana telefon ni?" Gumam Ammara Rose perlahan. Tiba-tiba rasa nak hangin pula.

Pandai kau main sembunyi-sembunyi ya...

Tiba-tiba ada tangan menghulur objek nipis berwarna hitam itu ke arahnya. Ammara Rose terkedu sesaat. Siapa lagi si tukang hulurnya kalau bukan Enrique. Ammara Rose senyum sesaat.

"Terima kasih." Tangan mahu mencapai telefon bimbit itu. Namun Enrique sengaja menarik semula telefon itu ke arahnya.

Ammara Rose terus membatu. Tak tahu nak buat apa.

Nak rampas ke nak tunggu?

Melihatkan Ammara Rose yang sedang bingung itu, Enrique kembali menghulurkan telefon itu ke arah pemiliknya.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now