💋 •BAB 57•

64.2K 3.4K 161
                                    

ENRIQUE DANNIKA yang sedang khusyuk melakukan kerjanya angkat kepala apabila pintunya berkeriut perlahan. Tanda ada orang buka dari luar.

Sebelah keningnya ternaik saat terpandangkan kepala seseorang perlahan-lahan terjengul dari sebalik daun pintu.

"Kau nak apa Rose?"

Ammara Rose tersengih mendengarnya.

"Awak busy tak?" Tanya Ammara Rose.

Enrique Dannika diam seketika. Wajah bercahaya Ammara Rose dipandang lama.

Entah apa dalam fikiran dia agaknya.

"Not really. Why?" Tanya Enrique sebelum dia sambung dengan kerjanya.

Ammara Rose terus menyelusup masuk ke dalam bilik kerja lelaki itu dan melabuhkan punggung di atas kerusi empuk di hadapan Enrique.

Enrique angkat bahu dan membiarkan sahaja Ammara Rose duduk diam di situ. Hanya mata kelabunya yang bergerak mengikut gerakan mata pen Enrique.

Diam.

"Abang..."

Tangan Enrique yang tadi lincah menari di atas kertas kerja terus terhenti mendengar suara lunak itu meleret memanggilnya. Mata ambernya memandang dalam wajah Ammara Rose.

Okey?

"Nak apa?"

"Kalau Rose kacau abang tak apa kan?" Ammara Rose senyum senget. Nakal.

Bibir Enrique menyenget sama. Sinis.

"Kalau kau nak mati. Dipersilakan sayang."

Ammara Rose terus mencebik mendengarnya.

Cis!

Ahh tak kira. Nak kacau juga!

Ammara Rose terus tarik kerusi empuk yang didudukinya mendekati Enrique di sana. Enrique buat tak endah. Biarkan sahaja Ammara Rose berpindah di sebelahnya.

Well,

Aku lagi suka.

Ammara Rose menongkat kepala dengan sebelah tangannya. Mata bundarnya asyik mengekor gerakan tangan Enrique yang sedang menulis itu.

Dia terpandangkan satu sticky note di sebelah Enrique nun di sana. Automatik tangannya melepasi Enrique. Cuba mencapai sticky note itu. Tapi tak sampai.

Enrique pasrah sahaja memandang isteri yang menghalang pandangannya itu.

"Abang tolong dekatkan sikit sticky note tu." Pinta Ammara Rose.

Enrique menjeling benda yang ditunjukkan oleh Ammara Rose. Namun ada sesuatu bermain di fikirannya. Jahat!

Enrique mencapai sticky note itu tetapi terus diletakkan jauh di hujung meja.

Ammara Rose buat muka pasrah sahaja. Itu bukan tolong dekatkan. Makin jauh adalah.

Grrr!

Ammara Rose mendengus perlahan dan bangun dari duduknya. Dia sengaja melepasi tubuh Enrique dan mencapai sticky note tadi.

Yeah dapat pun.

Ammara Rose kembali duduk dengan senyuman puas di bibirnya. Tiba-tiba rasa diperhatikan. Automatik kepala menoleh ke arah Enrique.

Benar. Mata lelaki itu tepat memandang ke arahnya.

"Abang pandang apa?" Ammara Rose menjeling pelik lelaki itu atas bawah. Seram juga sebenarnya kena tenung dengan Enrique. Nasib baik suami sendiri.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now