💋 •BAB 6•

45.7K 3.1K 163
                                    

SUASANA hening dan sunyi. Bunyi unggas-unggas yang riang berbunyi dari hutan mengisi kekosongan suasana. Clarissa diam duduk di tempatnya. Tidak sekalipun mengangkat wajah memandang tiga orang gadis di hadapannya.

"We're not going to stay like this forever don't we?" Orchid Atailaa berkata. Tenang dengan senyuman kecil di bibirnya.

"Of course we don't." Gadis yang bertudung manis itu berkata.

Meletus tawa kecil dari bibir Clarissa sebelum wajahnya kembali beku.

Let's just say, she's just like a psycho who plays well with her impression.

"What are you doing here, Orchid Atailaa, Lily Khalila and..." Mata Clarissa terhenti pada gadis bertudung biru laut itu.

"Lily Natalea? Huh?"

Semuanya bermula dari Joserizal. Lelaki itu mengahwini seorang gadis bernama Zia. Dan dikurniakan empat orang anak. Joserizal mahukan anak lelaki. Namun keempat-empat anaknya merupakan perempuan dan selepas itu isterinya tidak boleh mengandung lagi.

Mereka kemudian bercerai berai. Masalah keluarga yang dihadapi semakin melarat dengan kedegilan empat beradik itu. Niana Rose. Elizabeth Orchid. Arika Lily. Dan Jenny Jasmine.

Empat beradik yang bermasalah.

Four troublemakers.

Empat bunga ini kemudiannya berpecah belah. Dan semuanya kerana satu rasa yang bagi Clarissa mengarut semata-mata.

Cinta.

Kerana cinta, mereka berpecah belah. Mereka memilih cinta berbanding keluarga.

Namun Clarissa tahu. Kerana cintalah dia di sini. Rose di sini.

Cinta itu menghancurkan. Sangat menghancurkan.

"Ruby. Is she even alive?"

Pap!

Clarissa Rose terus berdiri dari duduknya.

"Dia adik aku! Kau tak ada hak nak masuk campur!" Keras suara Clarissa. Tajam matanya memanah mata hazel Orchid Atailaa.

Orchid Atailaa hanya senyum. Tahu bahawa seorang Rose mesti terangkat punya kalau sebut pasal family.

"Blah. Aku dengan hidup aku. Dan kau dengan hidup kau!" Clarissa terus melangkah pergi. Mahu masuk ke dalam rumahnya.

Orchid Atailaa bangun sama. Tangannya menyeluk ke dalam poket seluar. Masih dengan senyuman Orchidnya.

"You're bleed." Terhenti langkah Clarissa. Matanya turun memandang seluar jeans berwarna biru lusuh di pehanya. Ada tompokan darah di situ. Terus dia mengetap gigi.

"Kau sendiri tak boleh nak jaga diri. Apatah lagi nak jaga Ruby?" Clarissa menggenggam penumbuk. Makan dalam.

"Just give us Ruby Clarissa. She needs her life."

"Then what the hell do you think i'm doing right now?" Clarissa pusingkan tubuh. Tajam matanya memandang Lily Khalila. Gadis itu memeluk tubuh dengan wajah ketatnya. Pandangan menakutkan mata kelabu itu ditentang berani.

"Aku tak jaga dia. Aku tak latih dia. Aku tak dera dia. Dan aku tak bunuh dia! Kau ingat aku tengah buat apa?" Keras suara Clarissa. Kulit pucatnya berubah kemerahan. Marah.

Seorang patung Rose pun punya darah rupanya.

Diam. Orchid Atailaa masih dengan senyumannya.

"I'm protecting her eventhough you guys feel like i'm talking about a piece of bullshit! Aku jaga dia sebab aku taknak dia jadi macam aku. Tak perlu nak risau. Dia hidup. Dia bernafas. Dan aku tak perlukan kau semua untuk menyemak dalam keluarga aku. This is me and this is Rose. I have my own way to protect my family!" Keras dan tinggi suaranya. Sisi lain seorang Rose.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now