💋 •BAB 18•

35.5K 2.6K 124
                                    

SUASANA di sekitar Muslim Cemetery di sini sangat sunyi sepi. Hening. Sayu. Clarissa Rose hanya mampu berdiri agak jauh dari kubur Ruby Rose. Hanya memerhati Armand yang diam duduk di sebelah kubur Ruby.

Mesti Armand sedih. Dia hilang Ruby. Isterinya.

Dan yang membuatkan Clarissa benar-benar terkilan. Ruby Rose mengandung ketika itu. Kandungannya baru berusia tiga minggu. Masih baru tetapi seperti ini pengakhirannya.

Pengakhiran yang melukakan.

Armand hanya mampu reda dengan ketentuan takdir. Rasa bagai baru semalam dia dan Ruby berpelukan gembira menerima khabar kehamilan Ruby. Tetapi hari ini...

Yang tinggal hanyalah kenangan.

Kenangan yang sangat menyakitkan.

Armand menyeka airmata yang mengalir dari pipi. Dia ketawa kecil mengingatkan wajah marah Ruby setiap kali tidurnya dikacau oleh dirinya. Dan sekarang, Ruby tidurlah dengan tenang. Abang tak boleh nak kacau Ruby lagi.

Like we used to do...

Armand mengusap lembut batu nisan itu sebelum perlahan-lahan dia bangun dari duduknya.

Armand senyum pahit apabila terpandangkan riak wajah mendung Clarissa Rose. Marahkah Clarissa Rose padanya? Bencikah gadis itu kepadanya kerana gagal melindungi adiknya?

"Are you okay?"

Clarissa Rose tersedar mendengar suara itu. Terus dia menarik senyum nipis.

"No. I'm losing my little sister and what you expect me to feel? Happy?"

Armand diam.

"I'm sorry. I failed." Armand menunduk memandang rerumput yang menghijau itu.

Clarissa Rose mengeluh perlahan.

"How..."

Armand angkat kepala. How what?

"How can you be so strong?" Tanya Clarissa Rose. Ketika dia mendapat berita kematian adiknya kelmarin, dia sendiri meraung-raung. Bagai tidak dapat menerima kenyataan Ruby sudahpun tiada. Meninggalkannya sendiri. Tetapi Armand hanya tenang sahaja. Namun dalam ketenangan seorang Armand, mengalir jua airmata ke pipi.

"Dalam islam, kita tidak dibenarkan meratapi kematian. Saya tak nak Ruby terseksa." Armand berkata lirih sebelum tunduk memandang kubur Ruby Rose.

Clarissa Rose hanya membatukan diri walaupun dia tidak mengerti tentang apa yang dikatakan oleh Armand. Satu pun tidak dia mengerti.

Clarissa Rose menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan. Cuba menenangkan diri yang masih dihantui rasa semalam.

Sedih.

Takut.

"Kau tetap akan berada di sini?" Tanya Clarissa Rose ketika mereka berjalan keluar dari pagar perkuburan islam itu.

"Tak. Saya nak sambung belajar di Malaysia. Saya sedar, German is not where i should be. Tapi in shaa Allah, saya akan selalu pergi Jerman. Ada hati yang saya tinggalkan di sini." Penuh isi tersirat kata-kata Armand. Penuh makna.

Clarissa Rose hanya mengangguk. Dia dapat lihat perasaan cinta di mata Armand. Cinta kepada Ruby. Dan cinta kepada Tuhan?

Ruby kata dia tertarik kepada Islam kerana Armand. Pasti ada sesuatu pada Armand yang menyentuh hatinya menyebabkan dia terbuka untuk memeluk agama islam.

Pasti.

"Saya balik dulu." Armand senyum sebelum melangkah ke keretanya.

"Wait a minute!" Laungan Clarissa Rose membuatkan langkah Armand terhenti.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now