💋 •BAB 60•

58K 3.4K 769
                                    

AMMARA ROSE membasuh kemeja dan sut Enrique Dannika dengan penuh berhati-hati seperti yang lelaki itu mahukan. Nasib baiklah basuh baju sahaja. Tak adalah penat sangat. Tapi penat jugalah hendak basuh satu-persatu dengan tangan.

Ammara Rose meletakkan semula baju ke dalam besen di hadapannya sebelum tangan naik mengelap peluh di dahi.

Berpeluh sampai!

"Siap!" Ammara Rose senyum lebar sebelum bangun dari bangku kecil itu.

Tersentak dia saat terpandangkan seorang lelaki yang diam bersandar di pintu bilik cucian itu. Rasa nak gugur jantungnya.

Buat terkejut orang je!

"Abang! Abang dah sarapan ke? Abang naik air? Rose boleh buatkan. Sekejap." Ammara Rose senyum nipis dan menyeka peluh yang mengalir ke pipi. Ammara Rose selamba berjalan melepasi lelaki itu.

Enrique membatukan diri di tempatnya. Namun bibir menyenget sedikit.

Comot.

Tapi tetap cantik.

Enrique tegakkan tubuh dan terus mengatur langkah ke arah dapur. Mata memandang belakang tubuh Ammara Rose yang sedang mencuci tangan di sinki.

Enrique angkat bahu dan terus mencapai gelas di atas island table. Peti sejuk dibuka dan kotak air jus oren di capai.

Air jus oren itu dituang ke dalam gelas dan diteguk tenang. Mata menjeling susuk tubuh yang diam berdiri di sebelahnya.

Enrique meletakkan semula kotak air tadi ke dalam peti sejuk. Namun mata tidak lepas melihat Ammara Rose dengan ekor mata.

"Comotnya." Tegur Enrique. Berkerut dahinya melihat ada sedikit sabun di dahi dan pipi isterinya.

Automatik tangan naik mengelap sabun itu dengan jarinya.

Ammara Rose hanya membatukan diri saat tangan kasar itu menyentuh lembut kulit wajahnya.

Enrique turunkan tangannya dan menarik hujung baju t-shirt besar yang tersarung di tubuh Ammara Rose sehingga Ammara Rose rasa terdorong ke hadapan sedikit. Nasib kaki sempat brek.

"May i?"

"Haaa?" Ammara Rose tercengang mendengarnya. Dia minta izin ni nak apa?

Tanpa mendengar jawapan, Enrique terus mengelap kotoran di tangannya di hujung baju t-shirt Ammara Rose.

"Oh. Boleh. Lap jelah. Baju ni memang dah kotor dah pun." Ujar Ammara Rose. Baru dapat tangkap maksud Enrique sebenarnya.

"Kenapa abang minum air sejuk pagi-pagi ni? Nanti sakit tekak." Tegur Ammara Rose. Tenang sahaja gayanya.

"So do you want some?" Enrique menyisip sedikit lagi jus oren itu sebelum dia mendekatkan dirinya dengan Ammara Rose.

Ya Allah.

Ammara Rose terkedu. Mengeras tubuhnya ketika itu. Terasa sejuk jus oren itu menyentuh kepala. Mengalir turun. Jatuh ke dahi dan mengalir lagi sehingga baju t-shirt putihnya dicemari dengan cecair jingga kekuningan itu. Tergamam. Terkelu.

Sungguh dia tak menjangkakan bahawa Enrique akan menuang air oren tadi di atas kepalanya.

Ya Allah. Kenapa dengan dia?

Enrique mengundur selangkah. Senyuman puas terukir di bibirnya ketika itu. Bagai baru sahaja melaksanakan misi yang penting dalam hidupnya.

Enrique membongkokkan sedikit tubuh. Merapatkan diri ke arah wajah Ammara Rose yang mendung itu.

And there he goes again...

"Aku pergi dulu ya sayang. Terima kasih." Ujar Enrique lembut. Bibirnya pula tersenyum manis. Tapi percayalah.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now