💋 •BAB 48•

54.4K 3.1K 167
                                    

"YOU dead." Enrique mengetap rahang bersama tangan yang memegang erat pisau tajam itu. Tanpa sedar bagai dirasuk emosi, Enrique terus meluru ke arah Kyle yang sudah pucat wajahnya.

Dia tidak rasa dia boleh lari. Lututnya terasa longgar melihat wajah bengis itu. Dia terus pejamkan mata. Pasrah.

"No!"

Lama suasana sunyi. Hening. Bagai masa tidak berdetik. Bagai bumi terhenti berputar.

Kyle membuka mata semula. Terus meluas bola matanya sebaik sahaja terpandangkan satu susuk tubuh yang berdiri dihadapannya.

Cik Puan Ammara?

Enrique bagaikan tersedar dari emosinya yang memberat. Tubuhnya mengeras saat terpandangkan sepasang mata kelabu yang menyelam ke dalam anak matanya. Perlahan-lahan matanya melorot jatuh.

Ya Allah!

"Ro... R... Rose?" Bergetar suara Enrique ketika itu. Tersedar sepenuhnya.

Pandangan Ammara Rose terus jatuh memandang lantai sebelum mata dipejam erat. Rasa pedih. Rasa sakit saat mata pedang itu mencucuk sedikit daging atas dadanya. Itupun kerana dia sempat mengenggam erat mata pisau itu dari terus terbenam ke dalam tubuhnya.

"Rose... What are you doing? Just let the freaking knife go!" Enrique menelan liur sebelum cuba menarik pisau itu menjauhi Ammara Rose.

Namun Ammara Rose enggan. Genggamannya di mata pisau itu dieratkan.

Enrique tergamam melihat titisan cecair merah yang mula mengalir laju dari tangan gadis itu sebelum jatuh ke atas lantai.

"Apa yang awak... buat Nika?! Are you crazy!" Marah Ammara Rose. Namun tidak lama sebelum wajahnya kembali berkerut apabila mata pisau yang menikam dagingnya bergerak sedikit.

Enrique menggeleng kepala laju.

"Aku tahu apa yang aku buat. I know what i'm doing so why are you do this shit?! You ruin everything!" Marah Enrique pula. Ya. Dia tahu apa yang dia buat. Pada masa itu mungkin dia gila. Tapi dia masih belum hilang kawalan. Dia tahu. Dia tahu apa yang dia lakukan dan Ammara Rose muncul pada waktu yang salah.

Ammara Rose hanya menunduk. Peluh dingin mula memercik di dahinya. Kaki terasa lembik serta merta. Automatik, dia jatuh melutut di atas lantai.

Enrique terus melepaskan tangannya dari pemegang pisau itu. Berdenting bunyi pisau bertemu lantai marmar.

Enrique tergamam sendiri. Mata memandang tangannya sebelum dia terundur ke belakang. Tidak percaya bahawa dialah yang melukakan gadis itu. Isterinya.

Ya Allah...

"Cik Ammara!" Mikael yang berniat hendak memulangkan telefon bimbit majikannya terkejut melihat Ammara Rose yang melutut di atas lantai bersama baju kemeja putihnya yang kotor dengan tompokan sederhana cecair merah itu.

"Enrique?" Mikael menggeleng kepala melihat Enrique yang terkedu di dunianya sendiri. Tanpa menunggu lebih lama, dia terus mengatur langkah ke arah Ammara Rose.

"Miss, you're bleed." Mikael menelan liur melihat cecair pekat di kedua-kedua tapak tangan gadis itu.

Mata terus diangkat memandang tajam Enrique Dannika.

"You're not gonna help?"

Diam. Tiada balasan. Tiada respon dari Enrique. Soalan Mikael terbiar sepi.

"Okay then!" Mikael terus memapah Ammara Rose keluar dari rumah itu. Sempat mata Mikael menjeling tajam Enrique Dannika.

Sunyi.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now