💋 •BAB 22•

40.1K 2.7K 133
                                    

CLARISSA ROSE dan Cleopatra berpandangan sesama sendiri. Tidak percaya. Tidak sangka. Rupanya di dalam hutan sebegini, ada sebuah yayasan kecil berdiri kukuh di sini. Dikelilingi hutan yang agak tebal.

"Whoa classic!" Q tersenyum lebar memandang sekeliling. Dia suka suasana seperti ini. Aman damai dan tenang. Bunyian unggas-unggas hutan bernyanyi riang. Jauh dari hiruk-pikuk kota.

Leyla mengeluh. Tiba-tiba rasa sayu. Nostalgia. Sungguh dia rindu benar tempat ini. Dia rindu umi.

Clarissa Rose diam. Hatinya dijentik sesuatu apabila melihatkan kanak-kanak yang bermain riang di perkarangan Yayasan iman itu. Semuanya ceria sahaja. Ceria tersenyum dan bergelak tawa walaupun tiada lagi dapat bertemu dengan kedua ibu bapa mereka.

Kenapa aku tak boleh jadi macam tu? Bahagia sahaja...

Tiba-tiba ada bola terhenti di kakinya. Clarissa tunduk memandang bola di kakinya sebelum angkat kepala. Mencari si pemilik bola comel ini.

Ada budak lelaki yang masih kecil memandang ke arahnya takut-takut.

Clarissa senyum. Bola itu diambil sebelum dia melangkah perlahan mendekati budak itu.

"Bola awak?" Clarissa menghulurkan bola tadi.

Budak itu hanya mengangguk sebelum mengambil bola di tangan Clarissa. Clarissa senyum.

"Nama awak siapa?" Lembut suara Clarissa. Dia sendiri tidak tahu apa yang sudah merasuk dirinya. Kerana tiba-tiba, dia rasa terjatuh hati dengan tempat ini.

"Asyaari." Jawab budak kecil itu.

Ooo. Clarissa Rose angguk kecil. Tangan naik menggosok lembut kepala Asyaari.

"Adik cepatlah!" Muncul seorang remaja lelaki. Ingin mendekati Asyaari. Namun langkahnya terhenti apabila terpandangkan Clarissa Rose.

Ada tetamu?

Remaja itu angkat kepala. Matanya bersatu dengan pandangan Leyla. Terus tersenyum lebar bibirnya.

"Kak! Kak Nana. Kak Leyla datang!" Laung remaja itu. Automatik ramai budak-budak kecil tadi memandang ke arah mereka.

"Kak Leyla!" Clarissa Rose terkejut apabila anak-anak Yayasan Iman itu berlari ke arah Leyla. Melepasinya.

Famous rupanya Leyla ni.

Q senyum melihat anak-anak kecil yang bertubi-tubi tanya Leyla soalan. Leyla ketawa sahaja. Tak terjawab soalan-soalan itu dibuatnya.

"Ya sayang-sayang semua. Kak Leyla pun rindu korang."

Cleopatra terus mendekati Clarissa Rose dan menjauhi Leyla yang sudah dikerumuni anak-anak kecil itu.

Rimas!

"Why? You looked shock." Cleopatra bersandar di pintu pagar dan memerhati mereka dari jauh.

"Are they really orphans? They don't look like one. I guess they have forget everything."

"Of course. In order to be happy, you must forget your past Athena Rose. Cuma mungkin ini balasan untuk orang macam kita." Cleopatra ketawa kecil. Sekadar menutup rasa sedih di hatinya. Dia juga anak yatim piatu. Tapi kenapa dia tidak boleh jadi seperti mereka?

Orang macam kami...

Tak layak bahagia ke?

"Ya Allah. Leyla!" Clarissa Rose dan Cleopatra memandang ke arah perempuan berjubah hitam yang berlari-lari anak ke arah Leyla.

Tidak dapat menahan sedih Leyla terus mengalirkan mata dan memeluk perempuan itu. Bingung. Perempuan itu hanya membiarkan sahaja.

"Sudah. Semua pergi main sana. Kak Leyla nak rehat sekejap ya."

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now