💋 •BAB 30•

51.4K 3.2K 289
                                    

•°•°•°•

Clarissa Rose, Athena Rose or Rose Nickayla are just missing pieces of me.
From now on, i will be known as Ammara Rose.
Only Ammara Rose.

•°•°•°•

"CIK muda, saya dah sediakan baju sut yang cik mahukan. Luggage cik pun saya dah letak dalam kereta. Q dah tunggu di bawah." Inform Mikael. Bibirnya tersenyum nipis.

Majikannya memang cantik. Bertudung manis. Sejuk sahaja mata yang memandang. Untung jugalah rasa sebab dapat hadap muka cantik tu tiap-tiap hari.

"Okay. Thanks Mikael."

Dua tahun berlalu sejak dia memulakan hidup baru. Memulakan perjalanan yang lebih baik sebagai Mumtaz Ammara Rose.

Tiada lagi Clarissa Rose.

Tiada lagi Rose Nickayla mahupun Athena.

Yang ada hanyalah seorang Mumtaz Ammara Rose. Manusia biasa yang mula bertatih dalam mengenal erti kehidupan sebenar. Agak sukar untuk belajar semua pada mulanya. Tetapi Alhamdulillah. Berkat sokongan dan doa orang sekeliling, dia berjaya melalui semuanya dengan jauh lebih baik.

Benar kata arwah Leyla.

Sekarang setelah dia mengerti semuanya, baru dia dapat hidup dengan tenang.

Biarpun hati masih kecewa, masih terluka, dia yakin. Tuhan itu sentiasa ada bersama hambanya.

Terima kasih Ya Allah...

"Cik?"

Ammara Rose tersedar saat Mikael melayang-layang tangan di hadapan wajahnya. Mengejutkannya dari lamunan.

"Ya? Sorry. Saya berangan tadi." Ammara Rose senyum nipis.

"Cik kena bertolak sekarang. Kalau tidak, nanti lewat." Ujar Mikael.

"Oh okey. We should go now."

Dia bangkit dari kerusi empuknya sebelum berjalan menuju ke pintu.

"Rania mana?" Tanya Ammara Rose perlahan.

"Dia dah tunggu di bawah cik."

Ammara Rose mengangguk perlahan.

Mikael ialah pembantu peribadinya. Personal assistant. Manakala Rania ada setiausaha kanannya. Mungkin pelik kenapa dia tak ambil perempuan sebagai pembantu peribadinya. Tapi Mikael lebih faham dan lebih arif tentang keluarga Zhang. Jadi biarlah Mikael tetap sebagai pembantu peribadi keluarganya.

SUASANA malam di tepi pantai ini sangat menenangkan. Lagi-lagi apabila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyentuh pipinya. Terasa sejuk. Ammara Rose terus menarik loose cardigan merapat ke tubuh apabila sejuk mencucuk tulang.

Walaupun sudah malam, suasana tepi pantai ini masih meriah dengan para pengunjung dan masih diterangi dengan cahaya lampu dari deretan restoran makanan laut itu. Waktu-waktu begini memang semua restoran penuh. Kerana pada waktu seperti inilah pengunjung makan-makan dan meluangkan masa dengan keluarga.

Keluarga.

Ammara Rose mengeluh. Mata memandang sekeliling. Semuanya ada pasangan dan ahli keluarga masing-masing. Cuma dia sahaja yang keseorangan di sini. Tiada peneman.

Perlahan-lahan bibir tersenyum nipis. Mata dipejam. Menghayati bunyian ombak yang menghempas ke pantai. Menghayati angin yang melanggar tubuh.

Tenang.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now