💋 •BAB 51•

61.7K 3.5K 530
                                    

AMMARA ROSE baru sahaja hendak melangkah ke beranda di belakang rumah. Mahu memberi anak-anak kucingnya makan. Namun langkahnya terhenti apabila telefon bimbitnya berdering lantang di atas meja. Lantas  dia mencapai telefon itu.

Panggilan dari Kyle.

"Yes Kyle?"

"Err cik Zara datang Cik Puan. Nak beri dia masuk ke tidak?" Tanya Kyle.

Ammara Rose terdiam seketika saat mendengar nama itu.

Zara mana pula datang pagi-pagi ni?

"Hmm. Benarkan dia masuk." Ammara Rose terus mengikat rambutnya dan menyarung tudung sarung ke kepala.

Mahu menyambut tetamu entah siapa datang rumah orang pukul sembilan pagi macam ni. Hmm.

Ammara Rose melangkah ke arah pintu sebelum tombol pintu ditarik.

Saat itu matanya berlanggar dengan pandangan mata seseorang di hadapannya. Senyuman di bibir gadis itu memudar saat melihat wajah Ammara Rose.

"Who are you?" Tanya gadis bernama Zara. Suaranya agak dingin bersama mata yang tajam memandang Ammara Rose atas bawah.

"And who are you?" Ammara Rose senyum nipis. Cuba me'ramah'kan diri.

"I am Zara. Enrique's cousin. Who are you and what the heck you're doing in this house?" Zara memeluk tubuh memandang garang perempuan di hadapannya.

Ammara Rose diam. Dia agak terkejut sebenarnya tapi riak muka dikawal sebaii mungkin.

Dingin.

"Saya kena jawab soalan awak ke?" Tanya Ammara Rose pula.

"Mestilah. Awak entah dari mana tiba-tiba muncul dalam rumah Abang Enrique lepas tu berlagak macam rumah ni awak punya. Hello, awak ni pembantu rumah kan?" Zara berkata. Kali ini bukan versi Zara yang penuh tata tertib bersopan santun ya.

Ammara Rose senyum lucu. Nak ketawa dia mendengarnya.

"Cik Zara. Awak pernah tengok perempuan berlagak macam saya ni jadi pembantu rumah ke?" Ammara Rose bersandar ke pintu biliknya.

"So? Atau... awak perempuan simpanan abang?" Ujar Zara lagi. Suka hati dia je serkap jarang macam tu.

Nak sepak?

Ammara Rose tidak menjawab. Namun ada senyuman nipis di bibirnya. Agak sinis. Tidak mengiyakan dan tidak juga menidakkan.

Zara terus mengetap gigi melihat wajah menjengkelkan Ammara Rose.

"Macam inilah, Abang Enrique awak tu kerja. Biasanya dia balik pukul enam petang atau pukul tujuh malam. Kalau Cik Zara nak tunggu sampai dia balik, saya tak kisah. Dipersilakan masuk. Buat macam rumah sendiri ya." Ammara Rose menguak luas pintu kayu besar itu. Mengalu-alukan Zara agar masuk ke dalam rumah.

"Masuklah. Saya buat air sekejap."

Zara menjeling Ammara Rose tajam sebelum menonong berjalan ke ruang tamu dan menghenyak punggung ke atas sofa. Ammara Rose menggeleng kepala dan terus meninggalkan Zara dan menuju ke dapur.

Attitude.

Walau apa pun, Zara tetap seorang tetamu. Islam mengajar umatnya agar menghormati tetamu. Dan Ammara Rose pun tak bodoh nak biadap dengan tetamu lebih-lebih lagi tetamunya itu merupakan sepupu Enrique.

Huh!

Gelas berisi jus oren diletakkan di atas dulang dan dibawa ke ruang tamu.

"Ini air Cik Za..." berkerut dahi Ammara Rose melihat ruang tamu yang kosong. Tiada lagi susuk Zara di ruang tamu.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now