💋 •BAB 32•

48.8K 3K 349
                                    

AMMARA ROSE meletakkan siku di tempat meletak tangan di sebelahnya sebelum kepala ditongkat memandang wajah lelaki-lelaki di hadapannya itu.

"Kamu berdua ingat bagus ke pasangan yang bukan mahram berdua-duaan dalam bilik?"

Diam. Tiada balasan daripada Ammara Rose mahupun Enrique Dannika.

"Bila berdua-duaan dalam bilik, mesti ada yang ketiga. Apa yang jadi lepas tu saya tak tahulah." Agak menusuk hati ya suara pak cik itu.

"Maaf encik tapi kami tak buat apa-apa langsung. Encik salah faham ni. Lagipun orang sebelah saya ni salah masuk bilik. That's it. Tak ada apa-apa yang berlaku pun lepas tu." Ammara Rose cuba mempertahankan diri.

"Salah masuk bilik? Lepas salah masuk bilik salah buat apa lagi? Salah buka baju, salah buka tudung?"

Ammara Rose tahan diri daripada nak sepak mulut orang. Ya Allah! Sabar ya nak...

Ini semua kerja gila Enrique. Pandai benar dia berlakon clueless masa kena terjah tadi. Lakonan dia...

Mantap!

Bagus!

Memanglah mereka salah faham sebab keadaan Enrique tersangatlah 'mencurigakan' ketika itu. Lagipula keadaan dia pun punyalah serabut tadi. Lagilah sesuai eh.

Ya Allah...

"Pihak perempuan sudah cuba pertahankan diri dari tadi. Kamu pula tak nak cakap apa-apa ke?" Soal lelaki itu ke arah Enrique.

Enrique masih dengan wajah 'serba salahnya'. Tertunduk-tunduk macam anak dara sedang dipinang teruna. Masih membatukan diri seolah-olah dia bersalah.

Ammara Rose rasa nak menangis. Terus tangan naik meraup wajah.

Lelaki ni gila.

"Ammara Rose!"

Ammara Rose terus angkat kepala mendengar namanya diseru seseorang.

"Q!"

Q memandang pelik ke arah wajah-wajah baru di pandangan matanya sebelum dia memandang Ammara Rose. Bagai bertanya.

'Kenapa?'

"Encik ni siapa?"

"Say..."

"Dia abang angkat saya." Potong Ammara Rose.

Q terus buat muka. Abang angkat? Bila ketikanya aku jadi abang kau?

Ammara Rose beri isyarat mata.

'Ikut je lah.'

"Betul ke? Abang angkat mana pula ni?"

Nada suara itu kedengaran menjengkelkan sekali di telinga Ammara Rose. Dia mahu bangkit dari duduknya. Geram. Namun Q pantas menghalang gadis itu.

"Ya saya. Saya abang angkat dia. Abang angkat yang lain mak lain ayah tu. Err kenapa dengan 'adik angkat' saya?" Q sengih. Sempat dia menjeling Ammara Rose saat menyebut perkataan adik angkat tadi.

"Oh ya, kami tangkap adik awak ni berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram di atas tadi."

Membulat mata Q mendengarnya.

"Dik..." Meleret dan menyakitkan hati benar suara Q ketika itu. Buatkan Ammara Rose rasa nak layangkan kaki ke muka tu.

Q mendekatkan bibir ke sebelah telinga Ammara Rose. Berbisik sesuatu.

"Kau serius ahh tho. Kau buat lawak ke apa ni?" Q kembali tegakkan tubuh.

Tangan naik mengurut dahi dan kepala digeleng-geleng. Buat-buat pening kepala dengan perangai adik angkatnya itu. Acah sesal.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now