💋 •BAB 27•

39K 2.8K 81
                                    

CLARISSA ROSE menepuk lembut belakang tubuh bayi kecil itu. Mahu menenangkannya apabila Ruby asyik menangis dari tadi.

"Shh." Tenang sahaja Clarissa Rose mendodoi bayi kecil itu.

Berjaya. Tangisan lantang tadi berubah perlahan. Sebelum berhenti menangis. Terus dia melepas nafas lega. Nasib baik dia dapat memujuk Ruby.

Ruby Khadijaa Binti Syafeeq.

Anak arwah Leyla. Pada mulanya, kak Nana mahu menjaga Ruby. Namun mengenangkan arwah Leyla meminta agar Clarissa Rose melindungi anak kecil itu, dia akur walaupun risau juga pada mulanya. Clarissa Rose bukan Islam. Jadi bagaimana dengan Ruby nanti?

Nasib baik ada Puan Mariam. Hakikatnya, Puan Mariam lah yang menjaga bayi kecil itu memandangkan dia sudahpun diberi tanggungjawab oleh Clarissa Rose untuk menjaga Ruby.

Sebab Clarissa Rose risau. Bagaimana dia hendak menjaga Ruby? Mampukah dia melindungi Ruby sedangkan dulu dia pernah gagal melindungi adiknya? Tapi dia mula jatuh sayang pada si kecil itu.

Sudah beberapa bulan berlalu sejak Leyla pergi, si kecil ini bagai suka akan dukungan Clarissa Rose. Setiap kali Clarissa Rose mendukungnya, senang sahaja Ruby tidur. Kalau tidak, jenuh Puan Mariam hendak menidurkan si kecil itu. Dia harus berselawat sehingga tekaknya terasa kering sehinggakan dia terpaksa membuka alunan ayat-ayat suci dari telefon bimbit.

Begitulah rutinnya. Dia sudah tua. Kadang kala rasa tidak sihat. Clarissa Rose lah yang akan setia membantunya menidurkan Ruby sehingga Clarissa Rose rasa dia sudah menghafal selawat-selawat yang didengarinya dari Puan Mariam.

Puan Mariam senyum melihat Clarissa Rose yang masih mendodoi Ruby di dukungannya. Sebab itu Ruby suka agaknya. Sebab Clarissa Rose akan setia menghabiskan masa yang agak lama semata-mata untuk mendodoikan Ruby.

Kalau Puan Mariam, hmm. Memang tak larat nak dukung lama-lama.

Tapi melihatkan wajah Clarissa Rose, Puan Mariam ingat lagi saat kali pertama, Zhang membawa isteri dan anak perempuannya yang masih bayi berjumpa dengan dia. Dan sekarang, bayi itu sudahpun membesar, berdiri di hadapannya dengan Ruby.

Tak sangka, Clarissa Rose membesar dan benar-benar mirip seperti ibunya. Mata. Rambut. Kulitnya yang pucat. Semuanya.

Dia tahu. Walaupun dua beranak itu sangat kasar dan keras pada luarnya, namun hati mereka tetap hati seorang perempuan. Lembut. Dan rapuh hatinya.

Clarissa Rose.

Jika dilihat pada luarnya, orang dapat agak yang dia bukan lembut orangnya. Tapi siapa sangka, di sisi lainnya, gadis itu seorang yang sangat lembut dan baik hati.

Hati seorang perempuan.

Biasalah tu.

"Ibu, Ruby dah tidur."

Puan Mariam tersedar dari lamunan saat mendengar suara berbisik itu. Terus dia menyambut tubuh kecil Ruby dari dukungan Clarissa Rose dan dibaringkan di dalam baby cot dengan penuh berhati-hati.

Puan Mariam senyum sebelum tangan naik menepuk lembut peha Ruby.

Lena pun si kecil tu.

"Ibu..."

Puan Mariam memandang wajah mendung Clarissa Rose.

"Kenapa?"

Clarissa Rose diam sesaat. Rasa berat benar hati ini.

"Saya dah buat keputusan. Saya nak bawa Ruby ke Yayasan Iman." Ujar Clarissa Rose. Wajahnya muram. Pandangan menunduk memandang lantai.

Puan Mariam terdiam. Tidak tahu hendak balas apa. Terkejut pun ya.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now