💋 •BAB 37•

51.6K 3.2K 109
                                    

ENRIQUE DANNIKA menuruni anak tangga dengan mata yang masih berat nak dibuka sepenuhnya. Semalam dia balik lewat dari kerja. Jadi agak penat sikit.

Matanya memandang pelik susuk tubuh Ammara Rose yang sedang mengisi botol minuman di atas meja. Tangan mencapai gelas. Air kosong dituang ke dalam gelas sebelum diteguk perlahan. Mata hazelnya menjeling Ammara Rose.

"Kau nak pergi mana pagi-pagi ni?" Tanya Enrique. Atas bawah dia pandang Ammara Rose yang sudah siap dengan hoodie hitam dan seluar track berwarna hitam juga.

Ammara Rose terus angkat kepala saat mendengar suara itu. Mata kelabunya berlanggar dengan sepasang mata hazel yang tajam memandangnya itu. Rambut hitam lelaki itu kelihatan agak tidak terurus. Pemandangan biasa apabila seorang Enrique Dannika baru bangun tidur. Agak seksi.

"Hello! Aku tanya kau bukannya suruh kau tenung aku." Suara Enrique keras. Suka hati kau je pandang aku macam tu. Aku terkam karang baru kau tau.

Ammara Rose terus melarikan pandangan mata. Namun bibir delimanya tersenyum nipis.

"Saya nak pergi jogging." Tangan Ammara Rose naik mengikat rambut yang mengurai sehingga paras pinggang tadi. Entah bagaimana, getah rambut tadi terjatuh dari tangannya.

Ammara Rose terus menundukkan kepala. Mahu mencapai ikat rambutnya tanpa sedar Enrique yang sudah menunduk sama.

Ammara Rose terlebih dahulu mencapai getah rambutnya di atas lantai.

Enrique terdiam di tempatnya saat haruman bunga mawar dari rambut Ammara Rose menusuk ke dalam rongga hidungnya. Wangi dan bagai membuai dirinya buat seketika.

Tiba-tiba...

Buk!!!

"Aduh!" Ammara Rose memegang kepala.

Enrique pula terus tegakkan tubuh sebelum pegang dagu yang terhentak dengan kepala Ammara Rose. Bibir bawah digigit sedikit.

Sakit siot!

"Maaf. Sakit ke? Saya tak sengaja." Tangan Ammara Rose mahu menyentuh dagu Enrique. Namun pergerakkannya terhenti saat mata hazel itu tajam memandangnya. Bagai memberinya amaran dalam diam.

"Sorry." Ammara Rose menjatuhkan semula tangan sebelum mengundur ke belakang selangkah. Fuh. Nasib baik aku tak sentuh kau lagi...

"Hmm. Tunggu sekejap. Aku nak ikut." Enrique terus berlalu pergi dari dapur. Meninggalkan Ammara Rose yang memandangnya pelik.

Ammara Rose angkat bahu.

Suka hati kaulah Nika...

BADAN Ammara Rose terbongkok dengan tangan memegang lutut. Rasa penat pula berjoging hari ini. Termengah-mengah dia mencari nafas.

Ya Allah.

Selalunya dia jogging tak adalah penat macam ni. Tapi kali ni penat dia lain macam sebab dia kena kejar langkah kaki panjang Enrique Dannika tu. Dah tiga kali round dah. Tapi lelaki tu langsung tak berehat seketika. Dia ingat aku ni kuda macam dia agaknya.

"Jomlah rehat dulu." Enrique terus melabuhkan punggung di atas bangku di taman rekreasi itu.

Ammara Rose senyum mendengarnya. Yeah!

Badan dikalihkan membelakangi Enrique sebelum nafas ditarik dan dilepaskan berkali-kali. Cuba mengatur nafasnya agar kembali tenang. Tubuh diregangkan dan sekaligus dia sejukkan badan sekali. Yeah! Fuh tenang~

Enrique Dannika cuma diam memerhati gadis itu dari belakang. Sekali-sekala bibirnya tersenyum melihat lagak Ammara Rose yang khusyuk buat regangan sampai tak toleh kiri kanan.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now