💋 •BAB 26•

41.7K 2.8K 291
                                    

"HOW is she?" Tanya Clarissa Rose kepada Q yang tenang bersandar di dinding.

"Tak tahu. Mungkin keadaan dia tak teruk sangat tapi kata doktor, pendarahan yang dia alami terlalu banyak. Itu yang membuatkan keadaannya jadi kritikal." Jelas Q. Dia yang bawa Leyla tadi. Dia sendiri merasakan cemas sehingga naik mual apabila terpandangkan darah tadi.

Clarissa Rose mengeluh perlahan. Beg kertas di tangan ditolak ke dada Q.

"Pergilah bersihkan badan kau dulu. Aku ada bawa baju ganti." Ujar Clarissa Rose.

Q sengih sebelum mengambil beg itu. Isi beg kertas itu diintai.

"Terima kasih. Aku pergi tandas sekejap." Q terus berlalu meninggalkan ruang menunggu di hadapan ICU itu.

"Nana. Nana okey tak ni?" Haris menyoal Nana.

"Tak. Nana risau. Macam mana dengan Leyla. Nana tak nak hilang Leyla, abang." Nana mula mengalirkan airmata. Dibayangi rasa risau dan ketakutan.

"Bawa bertenang kak Nana. Leyla akan selamat." Pujuk Clarissa Rose.

"Betul tu. In Shaa Allah, tak ada apa-apa berlaku pada Leyla." Ujar Haris lembut. Memujuk Nana yang sedang kerisauan itu.

Sudah dua jam berlalu. Namun, suasana sunyi sepi. Semua berdebar-debar menanti berita.

Cleopatra yang baru tiba juga membaringkan tubuh di seat hospital. Rasa penat tubuhnya memberi keterangan kepada polis tadi. Sepanjang hidupnya, tidak pernah wujud dalam hati untuk memanggil polis. Berjumpa dengan polis pun tidak pernah.

Tadi pun terpaksa sebab pertama, Clarissa Rose yang arahkan dan kedua, sebab Izzad berkeras mahu menyerahkan suspek itu kepada pihak polis. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mengheret lelaki tu...

Ahh lupakan!

Pintu bilik emergency terbuka. Semua di situ terus bangun dari duduknya saat terpandangkan seorang doktor perempuan melangkah keluar dari emergency room.

"Doktor, adik saya macam mana?" Tanya Nana cemas.

Tiada jawapan. Doktor itu hanya tersenyum nipis.

"Boleh saya tahu siapa Cik Clarissa Rose?" Tanya doktor itu.

Automatik semua memandang ke arah Clarissa Rose yang berdiri jauh dari semua.

"Saya? What's wrong doctor?"

Senyuman di bibir doktor itu menghilang.

"Ikut saya masuk."

CLARISSA ROSE terkaku sendiri. Ada suara bayi menangis. Maksudnya Leyla dah selamat melahirkan anaknya?

Syukur...

"Clarissa..."

Suara lemah itu menarik perhatian Clarissa Rose.

"Kak Leyla?" Clarissa Rose berlari-lari anak mendekati Leyla yang terbaring lemah di atas katil. Ada tompokan darah. Beberapa orang jururawat di situ terus memberi ruang kepada Clarissa Rose.

"Kak Leyla. Kak... tak apa-apa kan?" Menggigil rasa tubuh terpandangkan wajah pucat lesi itu. Peluh membasahi dahi dan leher Leyla. Dadanya berombak lemah.

Leyla senyum lemah.

"Tolong saya."

"Tolong? To... tolong apa kak?" Clarissa Rose mula rasa tidak sedap hati. Bimbang akan keadaan Leyla yang kelihatan lemah tidak berdaya itu.

"Tolong jagakan Ruby."

Mengeras tubuh Clarissa Rose mendengarnya. Ruby? Ruby...

Leyla senyum sebelum mengalihkan pandangan ke arah bayi kecil yang sedang dibersihkan oleh dua orang jururawat di satu sudut.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now