💋 •BAB 16•

40.6K 2.7K 240
                                    

LILY AKEELA termenung memandang sekeliling yang terasa riuh. Selalunya bukan main suka dia akan parti-parti seperti ini. Tapi entahlah. Tak ada mood pula malam ni.

"Hey Lily."

Lily Akeela terus menepis tangan yang mengelilingi pinggangnya.

"Sheriff. Behave please!" Marah Lily Akeela.

"Why? Rilekslah Lily sayang. Macamlah tak biasa." Lelaki itu tersenyum sebelum memaut pinggang Lily semula.

Lily menjulingkan mata. Hanya membiarkan sahaja.

"I rindu you. You asyik-asyik hilangkan diri. You pergi mana?" Sheriff senyum manis.

"Sheriff. I busy. I ada kerja. Takkanlah setiap malam i nak hang out dengan you. Agak-agaklah." Lily Akeela menyiku rusuk lelaki itu.

Sheriff buat-buat mengaduh sakit. Namun bibirnya menyenget nakal.

"Ganas. I like." Usik Sheriff.

Lily Akeela menjeling lelaki itu manja.

"Lily!" Elwani yang sedang menyisip jus oren pantas menyeru sahabatnya yang sedang bersweet-sweet neraka dengan Sheriff.

Berkerut dahi Lily Akeela sebelum menoleh ke arah yang menjadi tumpuan ramai itu.

Terdiam. Terkaku. Terus Lily menolak tubuh Sheriff yang merapat dengan tubuhnya.

"Ada apa datang sini?" Lily Akeela menjeling dua orang perempuan di hadapannya itu.

Seorang sedang memeluk tubuh. Yang manis bertudung hitam itu pula berdiri tenang. Namun dua-dua mata itu memandangnya tajam.

Lily Khalila.

Lily Natalea.

"Sampahnya perangai. Kau tak malu ke?" Ciri-ciri pertama Lily Khalila. Tak sayang mulut. Dua, mulut puaka.

Lily Akeela menjulingkan mata. Mulalah nak ceramah orang...

"Jangan sibuk hal aku." Dingin Lily Akeela berkata.

"Jangan buat mama risau Akeela. Baliklah." Pujuk Lily Natalea. Bahu kakaknya di sebelah ditepuk lembut. Lily Khalila tu bukannya boleh percaya. Unpredictable. Kalau dah nak mengamuk mana nak pandang kiri kanan lagi.

"Aku ada mama ke?" Lily Akeela ketawa sinis. Mengejek.

Biadap!

Lily Khalila terus mendekati adiknya itu. Tanpa kata, jari runcingnya mencengkam rambut hitam pekat Lily Akeela. Terus dia menarik rambut Lily Akeela agar mengikutinya.

"Lepaslah! Sakitlah bodoh!" Marah Lily Akeela.

"You..." Sheriff cuba menghalang Lily Khalila namun Lily Natalea pantas berdiri di hadapan lelaki itu. Menghalang Sheriff dari mendekati kakaknya.

"Sakit. Lepaslah! Kau gila ke?!"

Seraya itu rambut Lily Akeela dilepaskan. Belum sempat dia hendak stabilkan diri, Lily Khalila terus mengangkat kaki. Menendang tubuh Lily Akeela dan...

Gedebush!

Ada suara-suara kecil berbunyi sebaik sahaja melihat tubuh Lily Akeela yang sudah terhumbam di dalam kolam. Basah lencun dress yang dipakai Lily Akeela.

"Hey! Janganlah tolak-tolak dia!" Sheriff menyentuh bahu Lily Khalila. Tanpa kata, tubuh sasa itu dibanting dengan teknik bantingan bahu judo yang dipelajarinya.

Gedebush!

Bagus! Dua-dua tenuk berendam dalam kolam. Sesuai sangat. Baru nama dia Lovebirds.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now