💋 •BAB 55•

73.6K 3.8K 1K
                                    

AMMARA ROSE perlahan-lahan mendekati lelaki yang masih nyenyak tidur di atas katil. Lena betul lelaki ini tidur sampai tak sedar dia terhempas kuat pintu bilik tadi.

Ammara Rose mencapai tuala yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya. Perlahan-lahan hujung tuala itu menyentuh lembut pucuk hidung Enrique.

Enrique mendecit kasar seraya menepis kasar sesuatu yang mengganggu tidurnya tadi.

Ammara Rose terus mengeras. Terkaku dia di tempatnya apabila Enrique menukar posisi perbaringannya kepada terlentang. Wajah lelaki itu berkerut sedikit. Seolah-olah marah kerana tidurnya diganggu seseorang.

Ammara Rose diam jadi patung cendana. Namun senyuman jahat terus terukir di bibir saat lelaki itu kembali lena di alam mimpi.

Kepala dijatuhkan sedikit. Setuju dengan kata hatinya yang...

Jahat.

Ahaks!

Matanya meliar memandang sekeliling. Mencari objek yang sesuai.

Jumpa!

Tangan terus mencapai sekuntum bunga ros palsu dalam pasu keemasan di meja kecil di sebelah. Ammara Rose gelak jahat dalam hati.

Muahahah!

Ammara Rose gigit bibir bawah dan mendekatkan bunga itu ke pipi Enrique.

Diam.

Ammara Rose menggerakkan bunga itu ke hidung Enrique.

Wajah lelaki itu berkerut sedikit. Automatik Ammara Rose melutut di atas lantai. Bersembunyi di tepi katil. Hanya mata sahaja kelihatan di tepi katil. Mengintai wajah Enrique.

Hachoo! Hachoo!

Enrique menggosok hidungnya sebelum dia sambung tidur semula. Abaikan sahaja semua gangguan itu.

Ammara Rose jengulkan sedikit kepala. Cis. Boleh lagi sambung tidur lepas bersin?

Bibir menyenget nakal. Sekali lagi bunga ros itu dilarikan ke hidung Enrique Dannika, naik ke dahi turun ke pipi dan beralih ke hidung dan ulang semula yang sama.

Ammara Rose tahan diri daripada nak gelak apabila lelaki itu garu hidungnya yang terasa gatal kerana diusik Ammara Rose. Tapi Ammara Rose semakin ligat mengusik lena Enrique.

Terkejut beruk Ammara Rose apabila tiba-tiba ada tangan melelar di pergelangan tangannya. Lagi satu tangan asing mencengkam lembut bahunya sebelum tubuhnya ditolak sedikit.

Alamak!

Membulat mata Ammara Rose apabila pandangan mata amber Enrique merenung dalam anak matanya.

Gulp...

"I'm having a beautiful dream. Fortunately, you mess it up."

Ujar suara garau yang agak serak basah itu. Suara normal bila orang baru bangun tidur. Tapi tak normal bila jadi saksi suara husky seorang Enrique pagi-pagi macam ni.

Serius dada rasa nak pecah sekarang ni...

Ammara Rose senyum kekok. Saja nak hilangkan rasa gementar sekarang ini.

"Good morning husband. Do you... err sleep well?" Tanya Ammara Rose. Tangan naik menepuk sedikit bahu Enrique. Tapi dia cepat-cepat menarik tangannya semula apabila mata Enrique tajam mengikut pergerakan tangannya.

Uish!

Sheram.

"Of course i do. But someone naughty ruin my sleep." Ujar Enrique. Tangannya mencapai tangan lembut Ammara Rose dan diletak di bahunya semula. Sebagai tanda dia membenarkan Ammara Rose menyentuhnya.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now