💋 •BAB 41•

54K 3.2K 195
                                    

AMMARA ROSE melangkah perlahan menuju ke tepi pantai. Dia rasa nak rehat sahaja sekarang ini. Penat layan kerenah Ruby yang macam-macam tadi. Tapi mengenangkan yang Enrique sedang lepak-lepak dalam bilik, rasa malas pula nak menapak ke biliknya.

Lepak tepi pantai lagi bagus.

Huh!

Jauh dia termenung. Melempar pandang ke arah laut yang membiru itu. Cantik sangat. Semakin tenang pula rasa hatinya. Mata dipejam. Menikmati angin bayu yang membelai tubuhnya.

Aman...

"...jangan tolak suami."

Terus meluas mata Ammara Rose saat suara itu terngiang-ngiang di kepala.

Ni yang tak aman ni.

Aaaa! Ammara Rose terus tutup muka dengan tangan. Eiii ya Allah apa yang aku ingat ni!

Ammara Rose terus gelengkan kepala.

Fuh. Nyahlah engkau dari fikiranku!

Shuh!

"Kau buat apa?"

"Allah!" Ammara Rose terus pegang dada apabila disapa suara itu. Terus dia pandang si tukang sergah tu atas bawah.

"Nika! Awak dah tak reti bagi salam ke?" Marah Ammara Rose. Terperanjat dia dibuatnya. Rasa nak terlompat jantung tadi. Karang awal aku jadi arwah kau juga yang rugi!

Tajam mata hazel terang Enrique menjelingnya. Mesti bengang kerana tak pasal-pasal dia pula yang kena marah.

"Kau dah kenapa? Bukannya aku sergah kau pun. Kau tu yang berangan tak pandang kiri kanan. Aku datang dekat pun kau tak perasan. Kalau aku serkup kepala kau heret bawa masuk bilik macam mana? Kalau aku ya bersyukur. Kalau perogol bersiri? Kau nak buat apa?" Bidas Enrique tajam macam pisau.

"Oh ya?"

Ammara Rose jongket sebelah kening. Annoying. Menyakitkan hati benar suaranya ketika itu.

Enrique mengetap rahang melihat wajah itu.

"Kau cabar aku?"

"Tak adalah. Mana ada cabar. Cuma kata-kata awak tu tak masuk akal. Culik? Mana ada orang nak culik saya. Berani dia orang sentuh saya? Memang senak saya kerjakan."

Enrique buat muka. Yalah tu. Lupa pula yang kita bercakap tentang Ammara Rose. Mantan ketua King. Memang kalau jentik sikit boleh bawa maut.

Malas nak mengaku tapi hakikatnya hanya aku je yang boleh sentuh dia.

Evil smile.

Ammara Rose memeluk tubuh. Rasa sejuk pula dengan angin laut yang agak kuat bertiup itu. Tiba-tiba hari ni rasa sejuk. Mungkin sebab selama ini dia pakai hoodie atau knitwear. Cuma hari ni dia boleh pula pakai baju blouse.

"Kau pernah kahwin ke?" Tanya Enrique sebelum jaket kulit ditanggalkan dari tubuhnya.

Soalan yang agak tiba-tiba itu membuatkan Ammara Rose tersenyum senget memandang lelaki di sebelahnya.

"Kenapa kalau saya janda? Menyesal?" Ammara Rose ketawa jahat dalam hati. Rasa geli geleman pun ya. Tiberr janda pula. Cakaplah dengan beruk sekalipun mesti mengekek beruk tu dengar.

Enrique terkebil-kebil memandang Ammara Rose.

"Jadi... betullah budak kecil tu anak kau?"

Ammara Rose rasa nak tergelak mendengarnya. Tapi cepat-cepat ditahan.

Kau percaya?

Seriuslah!

Ammara Rose senyum misteri sebelum sebelah kening dijongketkan berkali-kali.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now