💋 •BAB 56•

70.4K 3.9K 570
                                    

AMMARA ROSE menghenyak kasar punggung di ruangan kosong di sebelah Enrique yang sudah lena.

Ammara Rose diam memandang Enrique.

"Hmm pelik. Balik kerja terus tidur? Penat sangat ke?" Bisik Ammara Rose perlahan. Lama dia duk usyar wajah tampan yang sedang tidur itu.

Handsome!

Ammara Rose tersengih nakal. Hello. Bukan selalu aku nak puji memuji orang lain selain diri sendiri ni. Ahaks!

"Nika... Dah tidur ke?" Tanya Ammara Rose perlahan. Tangan naik menolak-nolak pipi lelaki itu.

Diam. Tiada respon.

Ammara Rose tersenyum nipis. Tangan naik menongkat dagu dan merenung lama wajah Enrique yang sudah dibuai mimpi.

Rambut hitam pekatnya serabai.

Kulitnya tanned seksi.

Tubuhnya tegap.

Matanya mempunyai alis mata yang menawan bila terpejam tetapi sepasang mata itu lebih mematikan bila terbuka.

How can a man become so attractive and sexy?

Ammara Rose senyum lebar. Entah kenapa dia suka tengok suaminya sendiri. Tapi tak salah kan? Dah nama pun suami. Takkanlah aku nak tengok suami orang pula.

"Sleep tight, prince." Bisik Ammara Rose perlahan sebelum duvet ditarik mahu menyelimuti lelaki itu. Tiba-tiba ada tangan terus merangkul erat pinggangnya.

Terkejut. Mengeras tubuh Ammara Rose ketika itu.

"Awak... tak tidur ke?" Tanya Ammara Rose.

"No i am not." Suara serak basah itu kedengaran. Sejurus itu, rasa pinggang Ammara Rose terasa ditarik kuat sebelum kepalanya selamat landing cantik atas dada bidang Enrique.

Ammara Rose tergamam. Automatik dia tahan nafas. Dia tidak tahu mengapa dada rasa sesak setiap kali berada dekat dengan lelaki itu.

Fuh!

"Awak bu... buat apa... ni?"  Ammara Rose cuba menolak-nolak tangan Enrique yang melingkar elok di pinggang dengan jari telunjuknya.

"Why? Rimas?" Tanya suara husky itu lagi.

"No. I like it though. Err no! I mean... yes! Memang rimas. Fuh! Saya rasa panas." Bidas Ammara Rose laju. Muka rasa berbahang bila tiba-tiba mulut nakal mengeluarkan kata-kata lain daripada apa yang dia mahu katakan.

Eiiii mulut jahat!

"Hmm."

Ammara Rose melepas nafas lega apabila itu sahaja respon yang diterima. Nasib baik.

Namun Ammara Rose hampir terjerit kecil saat tangan Enrique tadi naik dan menyentuh belakang kepalanya sebelum lelaki itu berkalih sedikit. Menukar posisinya daripada terlentang kepada mengiring. Sebelah tangan menarik Ammara Rose mendekat ke arahnya manakala satu lagi tangan naik melingkar elok di pinggang isterinya.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now