💋 •BAB 59•

55.7K 3.3K 531
                                    

DARRIUS cuba memandu dengan tenang. Cermin pandang belakang juga disengetkan sehingga langsung tak nampak belakang. Tak berani nak jeling orang belakang. Sebaik sahaja Enrique masuk tadi, automatik suasana kereta ini terasa dingin dan tegang. Hari ini juga, majikannya itu balik awal semacam. Sangat pelik.

Pasti ada sesuatu yang terjadi.

"Tuan Muda ada nak pergi mana-mana lagi ke?" Tanya Darrius setelah hampir sepuluh minit membisu.

Enrique diam. Perlahan-lahan dia angkat kepala.

"U-turn. Now."

Hanya dua perkataan. Tapi cukup buat Darrius rasa seram sejuk.

"Baik Tuan." Akur.

Enrique diam. Kata-kata Renata tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya.

Pemegang King tiga tahun yang lalu ialah Rose. Clarissa Rose. Jadi kalau Renata berkata benar, maksudnya Gisella dibunuh oleh...

Enrique mendengus kasar. Dia masih tak pasti jika semua itu benar. Tapi tak mustahil.

Dahulu, 'dia' seorang yang keras. Kasar dan kejam.

Tapi atas sebab apa pula dia menghabisi Gisella? Mengapa Gisella?

Ammara Rose.

Enrique pejam mata rapat. Tak tahu apa yang harus dia lakukan. Gisella adalah adiknya. Dan Ammara Rose adalah... isterinya.

Ya Allah!

Enrique meraup wajah.

Maafkan aku Giselle.

Maaf.

"KAU rasa, siapa yang beri surat tu dekat Am? Aku rasa kan..."

Dan selepas itu, Q seronok membebel seorang diri. Mulalah dia buat andaian sendiri. Itulah. Inilah. Entah apa-apa agaknya dalam fikiran dia tu.

"Kau ada dengar tak yang Am ada sebut tentang Valentia?" Tanya Cleopatra.

Q terdiam. Lama dia cuba mengingatkan tentang hal itu.

"Ada. Tapi dia ada cakap yang Valentia memang ada kena mengena dengan keluarga dia dan tak penting pun. Kenapa tanya?" Soal Q.

"Aku nak kau cari tahu siapa Valentia."

"Okay. But wait a second. Why me?" Q menunjuk dirinya yang tidak bersalah itu. Tiba-tiba kena jadi private investigator pula dah kenapa.

"Because you work for Ammara Rose. Kau anggap jelah kau buat semua ni untuk Am. Bukan aku." Ujar Cleopatra tenang.

Q hanya akur akan arahan Cleopatra. Kadangkala apa yang Cleopatra cakapkan pasti ada sesuatu yang ada dalam fikiran perempuan itu.

"Semalam aku ambil Rachel di airport. And i happened to bump into Macheo." Ujar Q. Selamba sahaja wajahnya mengekor langkah Cleopatra.

Cleopatra terus menghentikan langkah saat mendengar nama itu. Tanpa amaran...

Bukk!!

"Adoi! Sakitlah. Kau dah kenapa?" Marah Q. Tangan pula dah naik gosok dagu yang rasa sakit bercium dengan belakang kepala batu Cleopatra tadi.

Cleopatra mendengus kasar seraya menggosok kepalanya.

"Kau cakap apa tadi?" Tanya Cleo.

"Err Macheo?"

"Apa yang Macheo buat dekat sini? I thought we had nothing to do with him anymore." Wajah Cleopatra bertukar serius. Macheo bukan seorang lelaki yang boleh dipandang remeh. Dia seorang lelaki yang licik.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now