💋 •BAB 40•

59.3K 3.4K 256
                                    

"ASSALAMUALAIKUM, Ruby mama." Ammara Rose senyum. Tangan naik mencubit pipi Ruby di dukungan Nana. Mula-mula si kecil itu tersengih malu-malu. Lama-lama dia terus mendepakan tangan kecilnya ke arah Ammara Rose. Masih kenal gadis itu adalah mamanya.

"Aww good girl." Ammara Rose menyelitkan tangannya di ketiak si kecil itu. Tubuh kecil Ruby di timang-timang di udara sebelum didukung perlahan. Mengekek Ruby ketawa. Suka di perlakukan seperti itu.

"Dah lama tak jumpa Ammara. Ammara apa khabar?" Tanya Nana.

"Alhamdulillah sihat. Kak Nana?" Ammara Rose tersenyum nipis sebelum menyentuh lembut perut Nana yang sudah menunjukkan isinya.

"Sihat. Baby pun sihat. Ruby ni yang nakal!" Nana menekup pipi Ruby dan digomol berkali-kali. Geram. Ruby menyeringai.

Suka Ammara Rose melihat Ruby. Senyum sahaja. Mungkin dia sedar bahawa semua orang di sekeliling menyayanginya.

"Abang Haris mana?"

"Ada kat resort dia. Macam biasalah." Kak Nana julingkan mata. Pecah gelak Ammara Rose melihatnya.

"Kak, Am ingat nak bawa Ruby jalan-jalan tepi pantai. Boleh?" Tanya Ammara Rose perlahan.

"Boleh Ammara. Tak ada salahnya. Ruby pun anak Ammara juga." Kak Nana senyum. Tangan naik menggosok lembut bahu Ammara Rose.

Ammara Rose terus mencubit pipi Ruby di dukungannya.

"Jom kita jalan-jalan!"

AMMARA ROSE menepuk lembut punggung Ruby di dukungannya. Mungkin Ruby suka berjalan di pantai kerana udara dan anginnya yang nyaman. Lagi-lagi bila ada pula Ammara Rose. Memang suka lah dia nak lelapkan mata.

Haih Ruby sayang...

Langkah Ammara Rose terhenti saat terpandangkan raut wajah masam Cleopatra yang duduk di tangga pintu masuk rumah yayasan ini. Q kat sebelah pun hanya mendiamkan diri.

"Cleo, Q? Dah kenapa muka masam je ni?" Tanya Ammara Rose.

"Tanyalah orang kat dalam tu. Urgh sakit hati aku!" Cleo mendengus kasar.

Berkerut dahi Ammara Rose. Dah kenapa? Mata memberi isyarat kepada Q yang duduk diam di tempatnya.

Q pula terus beri isyarat dengan tangannya yang mula terawang-awang di udara. Entah isyarat apa yang dia beri pun Ammara Rose tak tahu. Sedar yang Q sedang main-main, Ammara Rose ketawa sahaja. Tergeleng-geleng kepala dengan Q.

"Sengal. Dah lah. Aku masuk dulu." Ammara Rose berbisik sedikit supaya tidak mengganggu si kecil di dukungannya.

Ammara Rose terus melangkah masuk ke dalam rumah Yayasan Iman.

"Kak Nana? Oh Kak Nana?" Panggil Ammara Rose. Namun tiada sahutan.

Mana pula kak Nana ni?

Ammara Rose angkat kepala. Terus mata bersatu dengan sepasang mata berwarna hazel itu. Tubuh Ammara Rose mengeras sendiri. Tidak terkelip matanya memandang wajah lelaki itu.

Enrique Dannika?

"Ammara?" Kak Nana muncul dari dapur dengan menatang dulang berisi dua cawan air teh panas untuk dihidang kepada tetamunya.

"Jemput minum."

"Terima kasih."

Suara itu. Sah suara Enrique Dannika!

Kak Nana mendekati Ammara Rose yang terkejung di tempatnya.

"Lah Ruby tidur? Meh sini."

Ruby yang sedang lena itu bertukar dukungan.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now