💋 •BAB 7•

42.6K 3K 173
                                    

MUHAMMAD menggaru kepala melihat tetamu yang diam memandang sekeliling biliknya itu. Tegak dia berdiri di tepi pintu. Lagak lelaki itu seperti seorang warden dorm yang sedang membuat sportcheck di dalam dorm budak lelaki. Kut-kut terjumpa barang terlarang.

"Sorry sir. May i know who you are?" Bingung juga Muhammad sebenarnya. Lelaki itu tiba-tiba terus masuk ke dalam biliknya. Meliar mata itu memandang sekeliling bilik.

"Enrique mana? Oh sorry for being rude. Saya Elyasa' Dazrin. Adik Enrique." Muhammad terus mengecilkan matanya. Patutlah muka ada iras-iras cuma mata je lain. Kalau Enrique lebih tegap dan tinggi. Lelaki ini pula tinggi juga. Tubuhnya persis atlet renang.

"Enrique tak ada. Dia ada whatsapp saya yang dia dekat rumah kawan dia." Sebenarnya dia pun pelik dengan mat lampir tu. Ke mana lah dia pergi agaknya? Mula-mula risau juga tapi apabila mendapat mesej dari lelaki itu yang menyatakan bahawa dia tidak apa-apa dan sedang bersama kawannya, Muhammad merasa tenang sedikit. Jangan cakap Enrique Dannika tengah berjoli dengan kawan perempuan sudah. Memang aku katuk kepala dia.

"Awak yakin ke? Dia sendiri cakap dengan ibu saya yang dia hanya ada seorang sahaja kawan di sini. Muhammad. That is you. Sejak bila dia ada kawan lain?" Elyasa termenung seketika.

Muhammad diam. Hmm. Ada betulnya jugak eh?

"Lagipun saya kenal kembar saya tu. Dia tak friendly. Kalau dia dah ada kawan seorang dia takkan berkawan dengan orang lain." Muhammad sengih. Yang itu betul! Sebab mula-mula dulu memang angry bird gila Enrique Dannika. Sombong namaty.

Nasib baik lepas tu okey.

"Tadi kata adik. Ni kembar pula. Mana satu ni Encik Elyasa'?"

"Betullah saya adik dia. Kami kembar tahun." Elyasa' senyum. Jelas berbeza gila dengan Enrique.

"Kembar tahun?" Apa benda tu? Binatang spesies apa? Adakah itu nama saintifik untuk pokok ataupun binatang?

"Enrique lahir dua hari bulan satu. Saya pula lahir tiga puluh hari bulan dua belas. Saya adik dia tetapi kami dilahirkan pada tahun yang sama. Orang panggil kembar tahun." Muhammad ternganga dan terangguk-angguk kepalanya. Waa first time dia dengar.

"Wah hebat eh parents encik."

Elyasa' sengih. Dah biasa dengar ayat macam itu. Lain tapi memberi maksud yang sama.

"Actually, umi yang suruh saya datang sini. Dia risau sebab Enrique tak call dia. Selalunya Enrique pasti akan call umi setiap malam."

Muhammad terus melabuhkan punggung di atas katilnya dan duduk berhadapan dengan Elyasa'. Setiap malam Enrique pasti akan bergayut dengan uminya. Kadang-kadang pelik juga dengan Enrique. Dia tidak seperti lelaki lain yang mesti asyik nak bergayut dengan awek je dua puluh empat jam. Enrique lebih mendahulukan uminya berbanding Lily Akeela dia tu.

"Kami rasa tak sedap hati. Saya rasa... Enrique hilang."

Hilang? Enrique tu chipsmore ke?

"Tapi macam kelakar pula kalau nak kata yang dia kena culik. Tak patut tak patut." Elyasa' menggeleng-geleng kepalanya.

"Saya risaukan dia. Enrique ni bahaya."

"Bahaya? Apa yang bahaya?" Muhammad menyoal pelik. Selama ini, helok je perangai Enrique macam bongok gitu.

"Emosi dia senang berubah. Dia selalu tenang tapi bila dia tak suka, dia akan baran. Dia akan naik angin."

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now