💋 •BAB 42•

54.4K 3.6K 466
                                    

AMMARA ROSE melangkah masuk ke dalam rumah. Ruang tamu yang gelap gelita membuatkan Ammara Rose meraba dinding. Mencari suis.

Klik!

Terus terang benderang ruang tamu itu. Nafas dilepas lega apabila tiada langsung susuk tubuh sesiapa di situ. Mungkin lelaki itu sudah tidur.

Fuh.

Lega rasa hatinya.

Dia menutup pintu rapat sebelum melangkah naik ke biliknya. Gigih dia mengangkat bagasi naik tangga.

Sebaik sahaja tiba tingkat dua, matanya terpandangkan bilik Enrique Dannika yang tertutup rapat pintunya. Mesti lelaki itu dah nyenyak beradu.

"Alhamdulillah." Ammara Rose menadah tangan tanda syukur. Bersyukur tidak hadap angin ribut taufan Enrique malam ni.

Tombol pintu biliknya dibuka. Serentak itu tudung dibuka dan ikatan rambut ditarik. Melepaskan rambut lembut beralunnya.

"Penatnya." Keluh Ammara Rose. Tangan naik meraba suis.

Klik!

Ammara Rose terus tergamam di tempatnya saat terpandangkan susuk tubuh yang berbaring di atas katilnya.

Airliur terus ditelan kelat.

Ya Allah!

Lelaki yang sedap landing atas katilnya itu bangun duduk di birai katil. Dia meregangkan sedikit tubuhnya.

"Awal balik?"

Gulp...

Ammara Rose pejam mata. Nafas dihela dan dilepaskan. Cuba bertenang.

"Nika. Saya minta maaf. Saya bawa kak Nana pergi hospital petang tadi. Lagipun baru pukul sepuluh malam. Belum lewat malam lagi." Ammara Rose mendekati Enrique Dannika. Wajah tenang ditayang.

"Ya aku dengar apa yang kau cakap. Alasan." Enrique meletakkan tangan di kiri dan kanannya. Mata hazel itu naik menikam pandangan Ammara Rose.

Ammara Rose memeluk tubuh.

"Saya dah balik. Itu dah cukup. Jadi awak dipersilakan keluar sekarang please." Halau Ammara Rose dengan penuh bertoleransi.

Dia haramkan aku masuk bilik dia. Tapi dia pecah masuk bilik aku boleh pula.

Pelangkung karang...

"I warn you. But i guess that you will never listen to me."

Ammara Rose garu belakang kepala yang tak gatal. Apa lagi ni?

"Maaf. Saya tahu salah saya." Ammara Rose mengalah jua. Nak melawan pun tidak boleh kerana Enrique suaminya walaupun betapa membara benar rasa di dada untuk memberontak.

Hold it honey.

Hold it!

"Tapi kau tahu setiap kesalahan mesti ada hukuman." Enrique mendekatkan tubuhnya dengan Ammara Rose.

Ammara Rose mengangkat kepala melawan pandangan mata hazel itu. Namun kaki menafikan untuk tetap berada di tempatnya.

Di terus terundur ke belakang.

"I am the best observer. And i love the torture you gave me once. And i would love to try it on you." Enrique Dannika senyum sinis.

Berkerut dahi Ammara Rose. Apa maksud dia...

"I guarantee you the best experience ever."

Ammara Rose tergamam saat tangan Enrique melingkar kejap di lengannya. Menarik tangan Ammara Rose kasar mengikuti langkahnya.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now