💋 •BAB 63•

62.9K 3.6K 422
                                    

AMMARA ROSE membuka mata perlahan-lahan. Kepala terasa sakit sehingga dia terpaksa memejam mata semula. Mahu menghalau rasa yang mencucuk di kepalanya pergi.

Lama.

Setelah rasa tenang sedikit, mata kembali dibuka memandang sekelilingnya. Ruangan sekitarnya ini dipandang lama. Dia bagai dikunci di dalam kontena lama.

'Aku kat mana ni?'

Ammara Rose cuba bangun. Baru dia tersedar bahawa tubuhnya terikat kemas di kerusi kayu ini. Ammara Rose meronta-ronta kasar. Namun tubuhnya terasa sakit saat tali di tubuh terasa semakin mencengkam kulitnya.

Ammara Rose mendecit kasar. Mata meliar memandang sekeliling. Mencari objek yang boleh membantunya melarikan diri.

Tiada.

Mata dipejam semula. Nafas diatur agar bertenang.

Tenang Ammara Rose. Tenang.

"...But... will you be there for me? Or you will just let that things happen to me...."

"...Abang akan ada untuk Rose... atau abang akan biarkan semua..."

"Goodluck, Ammara Rose..."

Ammara Rose gigit bibir bawah. Menahan diri apabila mata terasa panas.

Inilah maksud lelaki itu.

Pintu kontena yang terkuak dari luar membuatkan Ammara Rose terus memejam mata.

Diam.

"Yes boss. She still unconscious. What should i do?" Tanya suara garau lelaki itu.

"Just do what i asked you." Sayup-sayup kedengaran suara dari corong telefon.

Berkerut dahi Ammara Rose.

Siapa?

"Yes boss."

Ammara Rose angkat kepala. Dia bertenang memandang ke arah lelaki bertubuh tegap yang membelakanginya itu. Tangan sudah mula melerai tali di tubuhnya. Satu persatu.

Lelaki itu mengalihkan tubuh memandang ke arah Ammara Rose. Seketika kemudian wajahnya terkejut melihat pandangan tenang perempuan yang terikat itu.

"You!"

"Hello little shit?" Ammara Rose senyum nipis.

Lelaki itu pantas menaip sesuatu di telefon bimbitnya.

Ammara Rose terus angkat kaki tepat di abdomen lelaki itu. Lelaki bertubuh sasa itu terundur dibuatnya. Telefon bimbit di tangannya terjatuh ke atas lantai.

Dia menarik tali di tubuhnya yang hampir terlerai. Berjaya. Tubuhnya berjaya berpisah dengan kerusi kayu itu.

Ammara Rose melangkah tenang ke arah telefon bimbit yang menjerit nyaring itu. Kaki diangkat. Telefon yang menjerit langang itu terus dipijak kuat.

Diam.

Skrin telefon itu retak seribu dan gelap. Tiada tanda-tanda bernyawa lagi.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now