💋 •BAB 50•

63.7K 3.7K 537
                                    

AMMARA ROSE merenung lama suasana rumah yang kosong dan sunyi sepi. Sudah dua hari dia tidak bersua muka dengan Enrique. Entah mengapa agaknya lelaki itu terus-terusan menjauhkan diri darinya.

Dia rasa bosan duduk di rumah. Rasa macam nak je pergi kerja. Tapi Mikael awal-awal lagi sudah memberinya amaran agar jangan keluar rumah.

"Duduk je diam-diam kat rumah. Nanti saya kena pukul dengan Enrique."

Tak munasabah langsung. Ada ke patut gitu?

Cis. Dahlah bosan duduk kat rumah ni. Kalau kat pejabat, bolehlah dia buat kerja sikit-sikit. Cuti sampai seminggu habis segala benda jadi bertangguh.

Hmm.

Ammara Rose terus menghenyak punggung di sofa empuk di ruang tamu. Bosannya sungguh tak terkata. Ni kalau buka televisyen ni lagilah entah apa-apa agaknya yang ada.

Nak ajak Cleo dengan Rachella keluar. Tapi tak berani.

Bukan takut dengan Enrique. Heh tolong sikit! Aku cuma akur perintah suami. Gitu. Bukan takut!

Hmm kalaulah ada pakwe...

"Ehem!" Deheman suara garau itu buatkan Ammara Rose tersentak sesaat. Pandangannya terus bersatu dengan pandangan amber gelap itu.

"Nika? Awal awak balik?" Ammara Rose memegang tepi sofa. Mahu bangkit namun dia terduduk kembali apabila luka di tangannya terasa sakit. Tapi wajah dikawal sebaik mungkin supaya tak tunjuk sebarang reaksi.

Namun mata tunduk memandang tangan yang berbalut. Perlahan-lahan tangan digenggam sedikit. Masih sakit.

Enrique diam. Matanya memandang wajah Ammara Rose. Kosong. Tapi dia tahu gadis itu merasakan kesakitan.

Perlahan-lahan dia menghulurkan sangkar di tangan ke arah Ammara Rose.

Ammara Rose terkebil-kebil memandang sangkar itu dan Enrique Dannika bersilih ganti.

"Ambil lah." Ujar Enrique tidak bernada.

Ammara Rose terus mencapai sangkar itu dan diletak di hadapannya.

"Apa ni?" Ammara Rose menundukkan kepala melihat isinya. Bersinar-sinar matanya melihat sesuatu di dalamnya.

Those fluffy thingss!

"Aww so cute!" Pintu sangkar terus dibuka. Terjengul kepala dua ekor kucing yang mungkin dalam lingkungan tiga bulan itu.

Ammara Rose terus menangkap benda bulu-bulu berwarna kelabu itu.

"Comelnya!"

Ammara Rose mengambil pula bulu-bulu berwarna putih yang mula menghidu sekelilingnya.

"Awak bagi saya ke kucing-kucing ni?" Tanya Ammara Rose sebelum kembali membelek dua baby barunya. Teruja.

Kedua-duanya baka british shorthair. Cuma bezanya, seekor berwarna kelabu dengan mata yang keemasan manakala seekor lagi berbulu warna putih dan mata yang biru menawan.

A blue british shorthair and a silver- shaded british shorthair.

Shoo cute!

"Hmm. Aku tahu kau bosan duduk rumah. Jadi aku bawa dua ekor kucing ni untuk kau." Ujar Enrique. Dia suka melihat senyuman ceria di wajah Ammara Rose sekarang ini.

Cantik.

Ammara Rose senyum memandang wajah Enrique Dannika. Dia tak tahu kenapa tapi hatinya benar-benar rasa terharu. Sangat terharu.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now