💋 •BAB 9•

40.4K 2.9K 158
                                    

"TAK NAK! Aku tak reti menari!" Enrique memeluk tubuh. Tajam matanya mencerlung gadis itu.

"Just a simple dance, Nika. Bukannya kita kena menari lagu kpop pun." Bidas Clarissa Rose lantas menarik tangan lelaki itu ke tengah dewan itu.

"Eii tak naklah." Ketat muka Enrique Dannika. Menunjukkan yang dia betul-betul tak nak menari.

"Shh. Just follow me." Clarissa menarik tangan Enrique dan diletak di sisi pinggangnya sebelum naik ke dada Enrique. Manakala sebelah tangan mereka lagi disatukan. Berubah terus wajah Enrique.

Mengeras tubuhnya.

"Jauhkan tangan kau dari dada aku!" Keras suara Enrique. Tak suka. Keterunaan aku macam kena cabul tau!

Clarissa Rose tersenyum lucu melihat wajah serius itu. Tangannya dinaikkan dan berhenti di bahu Enrique. Alahai. Pegang sikit pun nak marah.

"I guess you hate people who touch your muscular body huh?"

Merah wajah Enrique mendengarnya. Mulut ternganga sesaat. Marah. Bengang dan... malu? Ei perempuan ni. Tak reti malu betul!

Enrique hanya diam. Kakinya digerakkan mengikut Clarissa Rose perlahan. Menari.

"If anything happens to me, just do it Cleo. Bring him to my mansion." Kata Clarissa Rose perlahan. Memberi arahan kepada Cleopatra melalui earpiece di telinganya.

Enrique terdiam seketika. Siapa him? Enrique tahu Clarissa bukan memaksudkan dirinya. Tetapi siapa yang dimaksudkan gadis itu?

"What will happen to you, Rose?"

Clarissa angkat bahu. Bibirnya masih tersenyum nipis.

"Just wait and see." Clarissa Rose meletakkan dagu di bahu Enrique. Dia dapat rasakan tubuh tegap itu mengeras kerana tindakkannya.

"What are you doing, bitch." Perlahan suara Enrique.

"Shh." Clarissa Rose menjeling lelaki yang memerhatinya dari jauh. Lelaki itu tajam memandang ke arahnya dan Enrique. Bibirnya menyungging sinis. Dirapatkan lagi jaraknya dan Enrique.

"You know what? You've gone to far Clarissa Rose. Jauhkan diri kau dari aku sekarang juga!" Keras suara Enrique berkata. Bagai memberi amaran. Tapi gadis itu mana makan saman. Pakai langgar suka hati dia je.

Clarissa menutup mata apabila kepalanya terasa pening tiba-tiba. Terus dia menjauhkan diri dari Enrique sedikit. Matanya dipejam rapat.

"Rose. Kau... kau kenapa?" Enrique cemas memandang wajah itu yang seperti menahan kesakitan.

Membulat mata Enrique apabila tubuh gadis itu melayang mahu rebah ke arahnya. Pantas dia menahan tubuh Clarissa Rose daripada rebah.

Diam. Tangan lembut di bahunya tadi juga jatuh melorot ke sisinya.

"Weh! Oh please. This is not a joke, Rose!" Marah Enrique. Jari telunjuknya menolak-nolak kepala yang sudah terlentok di bahunya. Diam. Tiada respon.

Alah pengsan ke? Kenapalah tiba-tiba?!

Enrique teragak-agak hendak meletakkan tangan dibelakang tubuh Clarissa Rose. Namun tangannya tersentuh sesuatu.

What is this?

Penuh berhati-hati Enrique menarik benda itu. Terkaku dia memandang objek di tangannya itu.

Jarum picagari.

Macam mana benda ni boleh tercucuk di belakang tubuh Clarissa? Ke ada orang yang cucuk benda ni?

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now