💋 •EPILOG•

114K 4.5K 1K
                                    

AMMARA ROSE melangkah masuk ke dalam bilik kerja Enrique. Terukir senyuman di bibirnya melihat lelaki yang masih khusyuk dengan laptopnya dari tadi.

Fokus betul lelaki itu buat kerja sampai langsung tak pandang kiri kanan.

"Masih banyak ke kerja abang tu?" Tanya Ammara Rose. Kerusi di hadapan meja kerja Enrique ditarik dan diletak di sebelah Enrique. Tanpa bicara, Ammara Rose melabuhkan punggung di situ. Apabila tersedar masih ada jarak diantaranya dan Enrique, dia menarik sedikit kerusinya merapat dengan lelaki itu.

Enrique jeling tajam Ammara Rose melalui skrin komputer yang gelap di hadapannya. Seolah-olah memberi amaran kepada wanita itu agar jangan mengganggunya.

Tapi ada Ammara Rose kisah.

Makin rasa nak ganggu adalah.

Ammara Rose senyum sebelum dia lentokkan kepalanya jatuh di bahu Enrique. Tangan pula terus memeluk erat lengan kekar itu. Uhuks. Gediknya aku. Rasa nak tampar pula diri sendiri ni.

Tapi dari pantulan skrin gelap komputer tadi, Ammara Rose dapat menangkap bibir Enrique yang sedang gigih sembunyi senyum.

Eleh. Dia tahu Enrique suka sebenarnya bila dia gedik macam ni.

Terasa tenang pula berada di sisi Enrique. Haruman lelaki itu bagai satu terapi untuknya.

Ya. Tenang sangat sampai kepala mula tersengguk-sengguk di bahu Enrique. Mengantuk!

"Rose. Kalau mengantuk pergilah tidur dulu. Kerja abang pun tinggal sikit je lagi ni." Ujar Enrique.

"Tak apa. I can keep you company." Ammara Rose mengeratkan pelukan di lengan Enrique. Selepas itu dia menguap. Mula mengantuk.

Enrique terus menarik kerusi kerjanya ke hadapan sedikit sebelum tubuh ditegakkan ke backrest kerusi. Kepala Ammara Rose ditolak sedikit agar lebih selesa. Tak adalah dia terjatuh bila tersengguk-sengguk nanti.

Ammara Rose senyum sebelum mata dipejam. Mula dijemput lena.

Dia tak tahu bila dia terlena. Tapi sentuhan lembut dan hangat di bibirnya membuatkan lenanya terganggu. Perlahan-lahan dia membuka mata. Terus jantung yang tadi berlagu tenang mula berubah rentak saat pandangan hangat sepasang mata amber milik Enrique berlanggar dengan pandangannya. Hembusan hangat nafas lelaki itu bagai menampar lembut kulitnya. Pucuk hidung lelaki itu pula sengaja menyentuh lembut pucuk hidungnya.

Ammara Rose senyum malu. Pipinya mula berona merah.

"You bad boy. How could you kiss me when i fell asleep huh?" Bisik Ammara Rose. Perlahan. Tahu lelaki itu sudah tertarik dengannya. Tapi dia mahu terus menarik perhatian lelaki itu.

"How do you know it was a kiss?" Soal Enrique sama.

Ammara Rose biarkan sahaja kepalanya melentok di bahu Enrique. Diam. Membiarkan pandangan mereka yang berbicara.

Hangat.

Warmer than warm.

"Hmm. If it was not a kiss, then what?" Ammara Rose menjongket sedikit sebelah keningnya.

Enrique terus melekapkan jarinya di bibir Ammara Rose.

"Maybe my fingers loves your lips." Seloroh Enrique.

Ammara Rose buat riak wajah tertanya-tanya.

"Hmm i don't think it is your fingers. Because what i felt just now is warmer, softer and sexier than your fingers." Ammara Rose angkat bahu. Wajahnya selamba sahaja ketika itu. Tapi dia cukup lemas. Lemas di bawah pandangan mata amber Enrique.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now