💋 •BAB 43•

56.8K 3.3K 279
                                    

AMMARA ROSE senyum nipis dengan mata yang terpejam rapat. Rasa selesa dengan kehangatan itu. Sangat selesa sampaikan rasa macam tak nak bangun sahaja gayanya. Mata pun berat semacam.

Selesa.

Kalau macam inilah gayanya, memang setiap hari aku bangun lewat.

Seketika kemudian dahinya berkerut sedikit apabila ada hembusan hangat menyentuh wajahnya.

Eh?

Perlahan-lahan dia gagahkan diri untuk membuka mata. Terkenyit-kenyit matanya.

What the...

Terus luas mata Ammara Rose melihat wajah yang betul-betul berada di hadapan wajahnya. Agak rapat jarak mereka.

Ammara Rose terus mengecilkan tubuh di dalam dakapan itu. Nak tanggal rasa jantung dibuatnya.

Ammara Rose menelan liur sebelum matanya melorot memandang tangan kekar yang melingkar elok di pinggangnya.

Aaaa! Mak datuk dia!

Mungkin kerana terasa pergerakan kecil di dalam pelukannya, perlahan-lahan mata hazel itu terbuka.

Tubuh Ammara Rose terus mengeras saat mata itu menunduk sikit memandangnya. Anak tekak tiba-tiba terasa disimpul.

Uhuks!

Ammara Rose terkejut apabila tangan di pinggangnya terasa bergerak sedikit. Automatik dia terus menolak dada Enrique kuat tanpa sedar tubuhnya yang sudah berada di hujung katil.

Mata kelabu itu membulat saat badan rasa bagai berada di hujung air terjun. Cemas. Dia tidak sempat hendak memegang hujung katil untuk menghalang dirinya daripada jatuh katil.

Enrique terkejut dan terus bangun hendak mencapai tangan Ammara Rose. Namun...

Gedebuk!!!

"Aduh!"

Wassalam.

Enrique terkebil-kebil sendiri.

Emm. Alhamdulillah. Arwah baik orangnya...

"Aduh sakit!" Enrique perlahan-lahan meniarap di atas katil sebelum kepala dijengul memandang ke bawah.

Ammara Rose sedang pegang punggung yang terasa sakit lepas berkucupan manja dengan lantai. Berkerut kening gadis itu.

Sakit siot punggung aku!

Terus berdekah Enrique gelakkan Ammara Rose yang sudah masam muka. Jahat sahaja gayanya gelakkan member jatuh katil.

"Apa khabar jiran bawah tu? Sihat?" Ujar Enrique sebelum sambung gelakkan Ammara Rose.

Ammara Rose terus angkat kepala. Tajam mata pandang Enrique yang terguling atas katil tu.

Hangguk anda...

Ammara Rose duduk atas lantai. Tangan masih gosok punggung.

"Fikir lawak ke?" Ammara Rose mendengus kasar. Rasa macam nak siku-siku je mamat tu! Geram betul rasa. Kuajo!

"Sangat lawak. Bukan selalu ada pemandangan menghiburkan macam ni pagi-pa..."

Ammara Rose angkat tangan dan diletak dihadapan wajah Enrique Dannika. Mata terpejam sedikit sebelum...

Hachoo! Hachoo!

Ammara Rose terdiam sesaat sebelum kembali bersin.

Hachoo! Hachoo!

Enrique memerhati sahaja Ammara Rose ketika itu. Comel sahaja wajah dan bunyi bersin Ammara Rose ketika itu. Sumpah comel.

"Oh i think i've caught a cold." Ammara Rose menggosok hidung yang rasa bermukus tiba-tiba.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now