💋 •BAB 64•

68.4K 3.6K 575
                                    

AMMARA ROSE tunduk mencium lembut kekura tangan Enrique. Lama sebelum dia angkat kepala memandang pandangan redup sepasang mata amber itu.

Enrique diam. Namun tangan naik mengelus lembut pipi Ammara Rose. Ammara Rose senyum nipis. Suka benar dia dengan layanan lelaki itu sejak beberapa hari ini.

Uhuks!

"Hari ni abang cuti lagi?" Tanya Ammara Rose perlahan.

Enrique cuma jatuhkan kepala sebagai jawapan.

"Tapi abang dah lama sangat cuti. Syarikat abang tu okey ke kena tinggal lama-lama?" Ujar Ammara Rose sebelum telekung putih ditanggalkan dari kepala.

"Tak apa. Bukannya dia reti merajuk pun." Balas Enrique selamba.

"Hmm tapi abang pergilah kerja hari ni. Lagipun hari ini kan hari jumaat. Esok dah cuti. Alang-alang tu abang kerja jelah." Ammara Rose menepuk lembut peha Enrique. Dia rasa macam menyusahkan Enrique pula. Sudah hampir seminggu Enrique cuti. Katanya mahu jaga dia. Tapi Ammara Rose okey je sorang-sorang.

Eee sweet!

Enrique diam memandang Ammara Rose. Lama sampaikan Ammara Rose rasa canggung yang amat. Terus Ammara Rose jeling Enrique atas bawah.

Enrique senyum lucu melihat reaksi Ammara Rose. Lantas dia mendekati isterinya sebelum tangan diletak dikiri dan kanan Ammara Rose. Mengunci si pemilik hati itu dalam ruangannya.

"Listen to me well my sweet little Rose. Bila aku cakap aku nak jaga kau, bermaksud aku pegang dengan kata-kata aku. You can't stop me." Yakin sahaja wajah Enrique ketika itu. Enrique kembali menjauhkan diri dari Ammara Rose. Songkok ditanggalkan dari kepala dan tangannya mula lincah melipat sejadah yang digunakan tadi.

Ammara Rose terus mengengsot sedikit merapati Enrique. Perlahan-lahan tangan naik menyentuh lengan lelaki itu.

"Abang..."

Enrique julingkan mata mendengar suara meleret itu. Dah mula dah.

"Abang oh abang."

"Ya sayang..." Balas Enrique. Sama meleret seperti Ammara Rose cuma nadanya agak sarkastik sedikit. Biasalah. Dah nama pun seketul Enrique Dannika.

Kembang kempis hidung Ammara Rose mendengarnya. Sinis-sinis pun bunyinya sweet.

"Abang pergi jelah kerja. Nanti banyak kerja bertangguh macam mana?"

Enrique cuma angkat bahu. Malas mahu membalas kata-kata Ammara Rose.

"Tepi sikit." Enrique menolak Ammara Rose ke tepi sehingga isterinya tertolak ke tepi. Lantas sejadah yang digunakan Ammara Rose dicapai dan mula dilipat.

Ammara Rose buat muka.

Cis. Tak sweet betul!

"Abang pergilah kerja." Pujuk Ammara Rose. Lengan Enrique turut digoyang-goyang sama.

"Kau dah kenapa nak sangat aku pergi kerja ni? Ke kau nak aku bawa balik madu baru untuk kau?" Bidas Enrique.

Ammara Rose pasrah mendengarnya. Ya Allah dia ni. Tiba madu pula.

"Tak nak. Bawa balik madu buat apa. Abang kan dah cukup manis." Ammara Rose senyum senget sebelum tangan kecilnya naik menepuk lembut dada bidang Enrique.

Enrique diam. Tapi bibirnya menyenget sedikit.

Gedik!

"Abang jangan risau. Rose dah sihatlah. Tengok luka ni. Dah sembuh dah. Tengoklah ni." Ammara Rose sedaya upaya menyuruh Enrique melihat luka kecil di dahi atas mata kirinya yang sudah pulih. Cuma tinggal parut sedikit. Nasib baik parutnya samar-samar sahaja. Tak adalah teruk sangat.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now