💋 •BAB 31•

49.4K 3.3K 598
                                    

MATA Enrique Dannika tidak lepas dari memandang wajah gadis yang duduk selang dua kerusi dengannya itu. Gadis itu sedang ramah berbual dengan Datin Alana. Kadang kala bibir merah delima itu tersenyum lebar. Ketawa kecil.

Mumtaz Ammara Rose.

Tiada perbezaan langsung pada gadis bermata kelabu itu. Kulitnya masih putih pucat. Bibir masih berwarna merah delima. Alis matanya tebal. Bulu matanya melentik. Kening dan bibirnya cantik terletak.

Pada mulanya, dia agak terkejut melihat perubahan dari gadis cantik itu. Manis sahaja bertudung bawal satin berwarna hitam. Setiap kali gadis itu tersenyum, pasti matanya akan melekat pada wajah itu.

Indahnya ciptaan Tuhan.

Bibirnya menyenget sedikit. Jahat dan sinis. Ada sesuatu sedang direncanakan dalam fikirannya.

Alahai Rose.

Aku dah kata jangan muncul depan aku lagi.

Tapi nampaknya, jodoh kita memang kuat kan?

We'll see.

AMMARA ROSE rasa gelisah di tempat duduknya sendiri. Rasa tak selesa. Setiap pergerakkannya terasa bagai diperhatikan.

Sesekali dia menjeling wajah Enrique Dannika. Kosong tidak ada riak. Dan langsung tidak memandang ke arahnya.

Tetapi kenapa dia rasa diperhatikan. Bibir bawah digigit sebelum tangan naik memegang dada yang berdegup lebih kencang dari biasa.

Ya Allah. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?

"Ammara?"

Tersentak dia apabila Datin Alana menyentuh lembut bahunya. Terus dia tersenyum janggal.

"Ya saya? Maaf tadi berangan sekejap."

Datin Alana ketawa kecil mendengarnya.

"Dulu, susah sangat mama nak dapat anak. Bila mama ambil Naz jadi anak angkat mama, alhamdulillah. Dua tahun selepas tu, mama dapat Razin. Tiga tahun lepas tu, mama dapat Nina. Mama rasa bersyukur sangat-sangat. Kehadiran Naz benar-benar mengubah keluarga mama. Dan mama bersyukur sebab ada anak macam Naz. Baik. Bersopan santun. Menghormati orang tua. Mama harap, Naz dan Ammara dapat berbaik semula ya?" Ujar Datin Alana. Syahdu.

Ammara Rose mengangguk kecil. Tangan Datin Alana terus ditepuk lembut saat melihat mata tua itu yang mula berkaca. Mungkin mengenangkan kisah lama.

"Datin jangan sedih. Saya yang patut berterima kasih sebab Datuk dan Datin jaga adik saya baik-baik. Ada hikmahnya kenapa Leon dibawa ke Malaysia. Kalau dia terus berada di Jerman, mesti dia tak selamat."

Serta merta fikiran melayang terfikirkan arwah Ruby Rose. Adik perempuan yang sudahpun pergi meninggalkannya sendiri.

"Sama-sama. Jangan panggil Datin. Panggil je mama." Datin Alana berkata. Mengubah suasana yang tiba-tiba macam ada orang potong bawang. Drama sungguh kau Alana oii.

"Saya tak biasalah Datin." Ammara Rose senyum.

"Ala panggil je mama. Ammara pun bukannya orang lain. Anak mama juga."

Ammara Rose terharu mendengarnya. Terima kasih ya Allah!

"Baik mama."

Terlepas tawa kecil dari bibir Datin Alana dan Ammara Rose. Susah betul nak suruh budak ni panggil dia mama. Nasib baik patuh juga diakhirnya.

Datin Alana kembali menonton persembahan di atas pentas.

Ammara Rose turut mahu mengalihkan pandangan apabila mendengar suara merdu nyanyian itu. Hampir tercabut jantungnya saat terpandangkan anak mata Enrique Dannika yang tajam memandang ke arahnya.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now