💋 •BAB 35•

52.8K 3.1K 304
                                    

"TERIMA KASIH bawakan baju-baju aku ke mari. Kalau tak, tak dapatlah aku nak masuk office hari ni." Ammara Rose membetulkan tudung bawal di kepala. Tapi mata masih memandang anak tangga.

Betulkan tudung tu tak salah tapi nanti tetiba jatuh tangga karang. Naya je.

Rachella dan Cleopatra rilek je menyudu nasi goreng yang tinggal sedikit itu.

Ammara Rose menggeleng perlahan. Memanglah dia cakap jangan malu-malu tadi. Tapi ini dah macam buat rumah sendiri gayanya.

Suka hati kau orang lerr...

"Buat apa nak pergi office?" Tanya Cleopatra dengan mulutnya yang sudah penuh itu.

"Entahnya. Kan baru kahwin. Pengantin baru gituu." Rachella gelak sebaik sahaja melihat wajah masam Ammara Rose.

"I'm a boss. Aku kenalah tunjuk contoh yang baik kepada pekerja-pekerja aku. Ada faham?" Ammara Rose menyenduk lagi nasi goreng ke atas pinggan Rachella. Rachella terus tersengih melihatnya. Macam tahu-tahu je aku nak menambah.

Pin! Pin!!!

Ammara Rose terus angkat kepala mendengar bunyi hon lantang itu.

"Mikael dah sampai. Aku pergi dulu. Habiskan semua ni eh. Buatlah macam rumah sendiri."

Cleopatra dan Rachella mengangguk kepala. Patuh.

"Tapi cepat sikit. Kalau Enrique tiba-tiba balik nanti aku tak tahu." Ammara Rose senyum jahat dan terus berjalan menuju ke meja makan.

Cleopatra terdiam. Sudu terjatuh dari tangannya. Rachella turut terkebil-kebil sama.

Errr...

MIKAEL menjeling cermin pandang belakang. Memandang Ammara Rose yang tenang melempar pandang ke luar tingkap.

"Apa perasaan cik lepas dah jadi isteri orang ni?" Tanya Mikael. Sengaja memecahkan kesepian dalam kereta dari tadi.

"Alhamdullilah okey. Setakat inilah." Ammara Rose senyum namun tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Berkerut dahinya memandang Mikael.

"Mikael, mana awak tahu yang saya dah kahwin?" Soal Ammara Rose. Setahunya, hanya Cleopatra, Rachella, dan Q sahaja yang sudah tahu tentang hal ini. Tapi macam mana Mikael boleh tahu?

"Pfft come on Mrs Enrique. I am your personal assistant. Plus, i'm Enrique's cousin. Enrique dah beritahu pada saya semuanya. Jangan risau. My lips sealed well."

Membulat mata Ammara Rose memandang Mikael yang sedang memandu itu.

"Awak sepupu Enrique? But how? Kenapa saya tak pernah tahu pun." Rasa sebal pun ada sebab tak pernah nak ambil tahu lebih tentang Mikael. Dan lebih sebal bila dapat tahu yang Mikael dan Enrique rupanya sepupu sepapat.

Ya Allah.

"Haah. Tapi sepupu jauh. Kami tak pernah berkenalan sebelum ni. Saya tahu yang dia sepupu saya pun sebab keluarga kami buat family day. So dapat jumpa balik keluarga-keluarga jauh yang dah lama tak berjumpa." Cerita Mikael dengan bibirnya yang tersenyum nipis. Agak bangga jugalah sebab ada kaitan dengan keluarga Liam tu.

"Kalau sepupu, maksudnya... awak kenal ayah dia?" Ammara Rose berhati-hati menyoal Mikael.

"Who? Edrus Liam? Of course i do know him. He is a great bussinesman. Dulu kan cik duduk Jerman. Takkanlah cik tak pernah dengar tentang dia?" Ujar Mikael pula. Mata sempat menjeling Ammara Rose dari cermin pandang belakang.

"Tak. Saya tak pernah dengar. Kenapa dengan dia?"

"Menurut info yang saya dapati, keluarga Liam ini adalah satu keluarga yang selalu deal dengan organisasi-organisasi kat luar sana." Mikael fokus memandang jalan raya yang agak sibuk di hadapannya.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now