💋 •BAB 66•

57.9K 3.2K 334
                                    

ARLO diam memerhati langkah dua orang perempuan itu dari jauh. Dia mencebik sedikit saat melihat bibir Ammara Rose dan Cleopatra yang menyenget sedikit. Tahan lucu. Apa agaknya yang mereka bicarakan itu?

Wajah Arlo kembali serius apabila ada kelibat kereta hitam berkilat berhenti betul-betul di hadapan dua orang perempuan itu.

Mula-mula ada seorang lelaki bertatu di lengannya melangkah keluar dari kereta dan membuka pintu kereta bahagian penumpang. Dan kemudian muncul lagi seorang lelaki yang melangkah keluar dari kereta itu.

Berkerut dahi Arlo melihat wajah itu.

Macheo Wolff.

So Macheo is a king?

Arlo memerhati riak wajah Ammara Rose dan Cleopatra dari jauh. Dua orang itu kelihatan benar-benar dingin dan diam sahaja. Membiarkan Macheo membebel sendiri.

Lama Arlo mengamati tingkah empat orang itu. Lama sebelum dia dapat lihat wajah tergamam Ammara Rose. Pandangan mata kelabu itu tajam menikam Macheo. Arlo menganggukkan kepala sedikit. Pasti ada sesuatu yang Macheo katakan.

Macheo berlalu pergi. Cleopatra memandang Ammara Rose dan mula berbicara tentang satu. Namun Ammara Rose terus berlalu pergi.

Arlo yang sedang bersandar di tiang terus memeluk tubuh.

Something is not right.

I know it.

SEMINGGU berlalu. Enrique tidak senang duduk apabila masih tiada khabar yang diterima dari Ammara Rose. Ditelefon tidak diangkat. Dimesej tidak dibalas. Malah nombor telefon yang digunakan isterinya juga tiada dalam perkhidmatan. Makin panas punggunglah Enrique dibuatnya.

"Tenang Enrique. Rileks. Takkanlah isteri kau lari kut." Seloroh Arlo.

Enrique menjeling tajam Arlo dengan ekor mata. Arlo terus angkat dua tangan. Gaya surrender. Pandangan maut kut. Siapa je yang tak takut.

"Ehem. Kau yakin dia akan balik?" Tanya Arlo lagi.

"Dia akan balik." Ujar Enrique. Bukan main dia tekankan perkataan akan tu.

"Then just keep calm. Kau dah yakin dia akan balik. Itu dah cukup." Kata Arlo. Sejujurnya dia tak tahu bagaimana cara untuk menenangkan Enrique. Pembetulan. Orang. Dia tak tahu cara untuk menenangkan orang. Lebih-lebih lagi perempuan.

Enrique melabuhkan punggung di atas sofa. Seperti yang Arlo katakan, dia perlu bertenang. Bawa bertenang.

Arlo tegakkan tubuh. Perlu ke dia beritahu Enrique tentang lelaki bernama Macheo? Perlu ke dia beritahu semuanya?

Hmm.

Melihatkan wajah tegang Enrique, mungkin ini bukan masa yang tepat untuk berbicara tentang lelaki itu. Ada baiknya dia berdiam diri sekarang ini.

Ammara Rose tidak dapat dikesan.

Adakah ini ada kena mengena dengan Macheo?

Arlo melepaskan keluhan sebelum dia angkat punggung.

"Enrique, aku pergi dulu. Ada hal."

Ada sesuatu yang perlu dia selesaikan.

AMMARA ROSE menggosok mata yang terasa pedih. Suasana biliknya yang gelap dan hanya diterangi samar-samar lampu tidur dipandang lama.

Seketika kemudian dia tersedar dan terus meraup wajah.

Ternyata semua tadi hanya mimpi. Mainan tidur yang tak pasti.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now