💋 •BAB 45•

56.4K 3.4K 512
                                    

"CIK AMMARA, ada tetamu nak jumpa cik." Lapor Rania sebaik sahaja mendekati gadis yang fokus dengan kerjanya itu.

"Okey." Ammara Rose mencapai telefon bimbitnya dan mengambil gambar isi fail dihadapannya sebelum dia angkat punggung.

"Siapa yang datang?" Tanya Ammara Rose seraya melangkah tenang menuju ke pintu.

"Dia kata dia abang angkat cik." Ujar Rania yang mengiringi langkah boss besarnya itu.

Ammara Rose terdiam seketika.

"Abang angkat?"

"Ya cik."

Dahinya berkerut sedikit. Emm rasa macam dah tahu siapa 'abang angkat' tu.

"Dia kat mana?"

"Saya minta dia tunggu di bilik mesyuarat cik."

"Tak apa. Awak sambung kerja awak."

Rania senyum nipis sebelum menjatuhkan kepala.

Ammara Rose terus melangkah tenang melalui lorong itu. Dia dapat rasakan mata-mata staffnya semua melekat memandangnya. Terus dia angkat kepala memandang sekeliling. Terjongket sebelah kening melihat leher-leher yang mula memanjang ke arahnya.

Bagai faham akan pandangan maut anak mata kelabu itu, semua terus jatuhkan kepala semula.

Fuh! Seram kau...

Perempuan.

Pantang nampak lelaki handsome.

Ammara Rose mendengus perlahan sebelum tangan terus menolak pintu kaca bilik mesyuarat itu.

And yup.

Dah agak dah.

"Now i know who make my staffs distracted." Ammara Rose memeluk tubuh memandang wajah lelaki itu.

"Glad you still remember me."

"YOU rude little kid. Two years. But i didn't know you've come back to Malaysia. Dasar."

Terus pecah gelak Ammara Rose mendengar suara keras itu. Kalau orang lain dengar mesti rasa takut. Tapi bila masuk dalam gegendang telinga dia rasa macam lucu pun ada.

"Sorry. I just don't know how can i meet you, your majesty." Bunyinya benar-benar sarkastik. Sinis.

Oh gurl!

"Bullshit."

Ammara Rose sengih sahaja.

"Come on bruh. Baru dua tahun. Janganlah marah sangat. I do have a plan to meet you but yeah. I'm busy."

"Sibuk konon." Tunku Noah senyum sinis. Tubuhnya disandarkan tenang ke backrest kerusi yang empuk itu.

"Tak percaya sudah. So how is your life, D'Angelo?" Tanya Ammara Rose.

"No. No more D'Angelo. I'm Tunku Noah Nathan. And you are?" Tunku Noah senyum senget sedikit sebelum mata emas itu menjeling Ammara Rose dengan ekor mata. Tajam sahaja pandangannya.

Ammara Rose terus tunduk memandang tudung yang dipakainya. Terus airliur ditelan kelat.

"Err Ammara. Mumtaz Ammara Rose." Ammara Rose senyum sebelum tangan naik gosok bahunya. Ceh.

"Wow." Hanya itu sahaja komen Tunku Noah dengan suara yang tiada bernada. Wajahnya juga langsung tidak berubah. Kosong dan dingin.

Bibir Ammara Rose terus ternaik sedikit. Annoyingnya.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now