💋 •BAB 10•

46.5K 2.9K 115
                                    

LILY AKEELA memandang wajah Elyasa' Dazrin.

"El. Tolonglah beritahu i. Enrique pergi mana. Mesej i tidak. Call lagilah tak. Please tell me." Lily menggenggam tangan Elyasa'. Separuh merayu suaranya.

Elyasa' senyum janggal sebelum menarik tangannya dari digenggam Lily.

"Maaf Lily. I mana tahu apa-apa. Mungkin dia busy kut. Dia kan student." Pujuk Elyasa' lembut.

Lily diam. Elyasa' Dazrin memang baik. Perwatakkannya lemah lembut dan sopan santun. Bukan lembut yang patah tu. Tetapi dia memang seorang yang kalau senyum je, berderet mak cik mak cik beratur nak meminang untuk anak dara mereka. Sebab senyum dia memang manis. Sejuk je mata memandang.

Kalau Enrique lain. Lelaki itu kacak dia tahap kuasa kuda. Senyum dia mengancam. Sekali dia senyum, mak cik pun boleh tertoleh pandang. Tayang je senyuman membunuh dia yang limited edition tu, mahu tersungkur semua perempuan yang melihatnya. Lagi-lagi mata hazelnya. Cantik. Bila campur effect cahaya matahari, anak matanya persis kepingan mar-mar keemasan. Persis kaca.

"Dia ada mesej saya. Tapi awak pun tahu yang dia tak suka mesej saya kan. Dia mesej pun gitu-gitu je. Saya malas nak tanya lebih." Tipu Elyasa'. Menghiraukan Lily yang memandang wajahnya dari tadi.

Muka mereka sangat lain walaupun mereka adik beradik. Enrique persis wajah Edrus Liam. Lebih kepada darah Russia Tan Sri Edrus. Sebab tu dia panas sikit. Kalau Elyasa' pula lebih kepada ibunya. Lebih sejuk.

Sekarang ni dia buntu. Mana boyfriend saya pergi ni? Tak mungkinlah dia tahu.

"I balik dululah. Kalau Enrique call you, beritahu dia yang i cari dia. Okey?" Lily bangun dan menuju ke pintu office milik Elyasa'.

Elyasa' memandang sepi pintu yang sudah tertutup rapat itu. Dia mengeluh sebelum pantas mengeluarkan telefon bimbit dari laci mahogany miliknya.

Whatsappnya dengan Enrique dibuka. Perbualan mereka lain daripada dahulu. 'Enrique' ini peramah. Kalau dulu, Enrique selalu palau mesejnya. Bluetick. Tak pun balas ya, hmm, ok, nantilah, malas, sibuk je. Paling teruk pun dia balas satu huruf yang cukup menyakitkan hati. K. Tau tak dalam banyak-banyak huruf dekat papan kekunci ni, huruf K lah yang paling aku menyampah sekarang. Hmm.

Dia tahu yang balas mesejnya selama ini bukanlah abangnya. Dia kenal sangat cara abangnya membalas whatsapp. Tetapi siapa sebenarnya orang yang dia mesej selama ini. Cara mesejnya selama ini macam complicated. Selalunya perempuan je yang complicated macam ni.

Perempuan?

Elyasa' Dazrin merenung skrin telefonnya. Perempuan eh?

Laju jarinya menaip skrin.

-i miss you.

Online. Serta merta mesej tadi bertukar bluetick. Namun tiada balasan.

Kalau Enrique, pasti sudah berbakul dia menyumpah seranah. Geli. Namun tiada respon langsung.

Siapa kau sebenarnya?

Siapa...

ENRIQUE mendengus kasar melihat anak-anak buah Clarissa Rose yang bersusun di luar rumah agam King.

She always spoil mood nak-lari aku.

Urgh!

Perlahan dia mendekati lif peribadi Clarissa Rose. Button ke tingkat bawah ditekan.

Hanya beberapa saat, lif terbuka semula. Menuju ke ruangan gelap bawah tanah itu. Gelap.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now