💋 •BAB 67•

54.3K 3.4K 377
                                    

AMMARA ROSE diam melempar pandang ke luar tingkap. Fikirannya jauh menerawang memikirkan semuanya. Terutamanya masalah yang dia hadapi sekarang ini.

Sampai bila?

Sampai bila harus dia seperti ini?

Orang yang dulunya penuh dosa seperti aku tak layak bahagia ke?

Ataupun... masa itu belum tiba?

Ammara Rose perlahan-lahan menyentuh perutnya yang masih kempis. Tiada tanda-tanda membuktikan kewujudan isinya tapi Ammara Rose sentiasa percaya akan kewujudan nyawa itu. Nyawa yang masih baru.

"Alhamdulillah. Puan hamil."

"Ultrasound shows no abnormalities. Your baby is in a good condition.Tahniah puan. Tapi kandungan puan masih baru. Saya nasihatkan puan supaya berhati-hati..."

Ammara Rose memejam mata rapat. Tangan masih menyentuh lembut perutnya.

Sebelum ini dia berani. Dia yakin yang dia boleh lawan. Boleh hadap semuanya sendiri. Tapi kehadiran berita yang tidak terduga itu cukup mengejutkannya. Ammara Rose tak tahu mahu bereaksi apa. Gembira? Ya. Semestinya dia sangat gembira. Sedih? Keliru? Takut?

Ammara Rose tak pasti. Yang dia tahu, semua rasa itu bercampur menjadi satu. Menjadi satu rasa yang cukup menghantuinya.

Bagaimana dia mahu lawan?

Jika dia lawan, kandungannya pula bagaimana?

Ya Allah.

Betapa buntu fikirannya ketika itu. Mati akal. Langsung tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang ini. Hmm.

Pemanduan Q yang terasa semakin perlahan membuatkan Ammara Rose terus menjeling Q yang mengeras di tempatnya.

"You see it right?" Tanya Q.

Cleopatra menjatuhkan kepala.

"Am. You should see this." Cleopatra perlahan-lahan membuka tali pinggang keledarnya.

Ammara Rose mendengus kasar dan terus menjenguk sedikit dari kerusi penumpang di hadapannya. Ammara Rose tergamam saat melihat susuk tubuh lelaki yang berpaut lemah di hadapan kereta.

"Enrique!"

Ammara Rose terus keluar dari kereta. Cleo dan Q melangkah sama mengekori Ammara Rose.

Ammara menarik lengan lelaki itu ke arahnya. Meminta lelaki itu memandangnya. Dan saat sepasang mata amber itu bersatu dengan pandangan matanya, Ammara Rose terus menyentuh pipi Enrique. Menggigil kecil terasa tangannya.

"Abang? Apa dah jadi?" Tanya Ammara Rose perlahan. Bergetar nada suaranya.

Enrique diam. Matanya menunduk memandang luka-luka hiris di lengannya. Tawa sinis terlepas dari bibirnya. Namun ada air mata jantan jatuh dari tubir mata.

Ammara Rose mencapai tangan Enrique dan digenggam kemas. Enrique masih dihantui kisah lalunya.

"Abang i'm sorry." Bisik Ammara Rose perlahan. Tangannya terus merangkul leher lelaki itu. Erat.

Bang!!!

Sayup-sayup suara tembakan itu membuatkan Cleopatra dan Q pantas mengeluarkan glock dan eagle yang tadi tersisip kemas di pinggang mereka. Tubuh mereka mengeras seketika. Berjaga-jaga.

"Abang?" Ammara Rose menggeletar kecil saat terasa berat tubuh Enrique menyandar di tubuhnya. Kaku.

Tanpa berlengah, Ammara Rose terus memapah Enrique yang sudah lemah itu mendekati kereta.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now