💋 •BAB 52•

64.2K 3.5K 463
                                    

AMMARA ROSE mengamati gambar-gambar di hadapannya satu persatu. Semua wajah-wajah baru yang dia langsung tak pernah tahu. Tak permah dengar dan tidak pernah dia lihat.

Valentia.

Daryl. Rico. Heron. Lady Darcy.

Semuanya masih baru di pengetahuannya.

"Rico dan Heron sekarang tinggal di Itali. Rico sudahpun berkahwin dengan seorang perempuan Itali. Heron pula memilih untuk menetap di sana. Daryl sekarang bekerja sebagai peguam dan menurut apa yang saya tahu, dia langsung tak ambil endah urusan keluarga dia. Dan Lady Darcy pula... I don't know a lot about her. Cuma apa yang saya tahu, dia pemegang aset keluarga dia dan dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki tapi sudah bercerai." Ujar Mikael. Memandangkan dia sudah berhenti menjadi penyiasat peribadi dan kekangan masa, jadi memang info yang dia dapat hanya sikit sahaja.

Kalau dulu, memang dia betul-betul menyerahkan semuanya sebagai private investigator. Passion. Tapi sekarang... entahlah. Semua passion itu sudah tiada.

Hilang.

"Daryl... Lady Darcy..." Ammara Rose mengangguk perlahan. Bagai mahu mengingat nama-nama itu di kotak memorinya.

"Thanks Mika. Awak boleh keluar dulu." Ammara Rose senyum nipis.

"Baik Cik Ammara." Mikael membongkokkan tubuh sedikit sebelum melangkah keluar dari bilik pejabat Ammara Rose.

Ammara Rose meletakkan gambar-gambar itu ke dalam buku nota dan dicampak dalam laci. Malas nak ambil kisah. Kerusi empuknya didekatkan dengan meja. Jari jemari runcing terus ligat menari di atas papan kekunci.

Terhenti pergerakan jari jemarinya apabila tiba-tiba kepala teringatkan sesuatu. Apa yang sudah ditaipnya tadi di delete sebelum dia mula menaip semula.

|Personality traits owned by amber eyes.

Myths of amber eyes

1- People with amber eyes are more beautiful and attractive.

Attractive? Macam betul.

2- Men with amber eyes have longer relationship.

Berkerut dahi Ammara Rose. Like real?

3- Amber eyes people make the best lover.

Automatik bibir Ammara Rose menyenget sedikit. Dia sendiri tak tahu kenapa dia tiba-tiba tersenyum. Macam...

Kelakar?

It is just a myths. Mitos. Sebab tu macam tak berapa nak kena dengan Enrique.

Oops. Maaf Nika. Terkutuk pula...

Personality traits of Amber Eyes.

"People with amber eyes are said to have wolf eyes."

Ammara Rose terus tegakkan tubuh sebaik sahaja baca fakta yang pertama itu.

Menarik.

"Like wolves, these people are just like a social animal and have a great urge to fit in."

Sosial? Nah i don't think so.

"They are also cunning, alluring and are very sexy and appealing."

Kali ini, kepala Ammara Rose automatik mengangguk. Ini baru betul.

Eh jap. Apa aku cakap tadi?

Abaikan!

"These people are great conversionalist, trustworthy compassionate and gentle.They are adventurous."

Ammara Rose skroll ke bawah lagi.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now