💋 •BAB 29•

43.1K 2.9K 92
                                    

' Water has memories.

But not a good one... '

KEHADIRAN dua orang itu ke rumah agam ini membuatkan semua yang berada di situ teruja dan gembira. Puan Mariam dan pembantu dapur juga berlari keluar dari rumah untuk menyambut majikan mereka.

"Tuan Zhang!"

Zhang Leonard tersenyum saat melihat mata bersinar pekerja-pekerja rumah agamnya ke arahnya. Mata perlahan-lahan menjeling wanita yang terkaku berdiri di sebelahnya. Terkelip-kelip sepasang mata kelabu itu.

Tangannya naik memeluk bahu wanita itu. Menenangkannya kerana dia tahu isterinya itu sedang keliru.

Puan Mariam senyum sebelum mendekati wanita berambut pendek paras bahu itu. Rambutnya berwarna kelabu dengan tona warna hitam di bawahnya. Cantik.

Puan Mariam senyum. Tangan naik menyentuh lembut pipi wanita berkulit pucat itu.

Kiara Rose.

Wajah wanita itu cantik. Berkulit pucat dengan bibir berwarna merah delima. Matanya kelabu. Persis patung. Dan tak sangka, wanita inilah pilihan hati Leonard Zhang.

Kiara Rose senyum. Hangat rasa tangan itu dipipinya. Hangat sentuhan seorang ibu.

Inilah dia Puan Mariam. Kisahnya sedih. Dia datang ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat tinggal bersama anak-anaknya. Tapi malang, si anak langsung tidak mengambil endah akan ibunya. Puan Mariam dibiar berjalan-jalan di kota raya ini seperti pengemis. Mujur Zhang Leonard membantu Puan Mariam. Memberi wanita yang sudah melepasi separuh abad itu pekerjaan dan tempat tinggal di rumah besar ini. Malah, lelaki itu juga memanggil wanita ini dengan gelaran ibu. Mungkin kerana Zhang merindu ibunya.

Hmm.

Kadangkala, orang luar lebih baik dari anak sendiri.

Puan Mariam tunduk memandang si kecil di dukungan Kiara Rose. Mata bulat  itu terkelip-kelip memandang sekelilingnya. Tangannya naik mengelus lembut pipi montel bayi itu. Ya Allah! Comelnya.

"Cantik. Macam ibunya." Ujar Puan Mariam.

Kiara Rose terus menghulurkan si kecil itu ke arah Puan Mariam. Tersenyum lebar wanita itu sebelum perlahan-lahan mengambil si kecil bermata kelabu itu.

Sebaik sahaja bayi itu bertukar dukungan, pekerja-pekerja tadi terus mendekati Puan Mariam. Bayi yang pada mulanya mahu merengek kerana terpisah dengan ibunya terus tersenyum dan ketawa kecil saat diagah oleh Damia dan Syaida.

Mereka jadi geram. Comel sangat! Pipinya gebu!

Zhang memeluk bahu Kiara Rose. Mereka berdua tersenyum lebar melihat anaknya yang mula digomol itu.

Sementara mereka boleh tersenyum bahagia, maka akan dihargai setiap saat yang ada.

•°•°• Bad memories are cruel. Don't let them overwhelm you with fears. •°•°•

"SAYA harap ibu jaga rumah ini untuk Zhang baik-baik ya ibu." Zhang berkata perlahan.

Puan Mariam senyum dan menjatuhkan kepala perlahan-lahan.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now