💋 •BAB 23•

39.3K 2.9K 343
                                    

"LEYLA!" Leyla menelan liur melihat wajah angkuh Datin Fara. Wanita itu sedang melangkah mendekatinya. Ada Sabila, adik arwah Syafeeq dan juga dua orang lelaki berbadan sasa. Tak lain tak bukan, mesti anak buahnya.

Clarissa Rose tenang duduk di tempatnya. Cleopatra dan Q tenang sama. Namun mereka berada dalam langkah berjaga-jaga.

"Bangun. Ikut mummy balik." Datin Fara berkata. Kepalanya mendongak sedikit. Bukan yakin. Tapi angkuh. Sangat angkuh gayanya menjejakkan kaki di kawasan kampung ini.

Q memandang jelek wanita itu.

E to the w.

Eww!

"Tak nak. Leyla tak nak ikut mummy." Leyla berkata. Perlahan sahaja nada suaranya.

Datin Fara menjulingkan mata dan lantas memberi isyarat ke arah dua orang anak buahnya. Leyla terundur ke belakang apabila orang suruhan Datin Fara mula mendekatinya.

"Hei!" Izzad muncul dengan plastik berisi roti di tangan. Tegak dia berdiri di hadapan Leyla. Melihat gayanya, mesti baru balik dari kedai.

"Leyla tak akan ke mana-mana. Saya minta maaf tapi tolong pergi dari sini. Tolong Datin. Sila pergi. Saya rasa Datin tak akan cari masalah di tempat ini." Izzad berkata. Masih berbudi bahasa budaya kita. Menghalau Datin Fara dengan cara yang sopan.

Lelaki bertubuh sasa tadi hanya menjeling Izzad sebelum menyambung langkahnya. Izzad menghalang lagi. Namun entah bagaimana, lelaki tadi menebas kuat buku lalinya sehingga tubuh Izzad jatuh terbaring di atas pasir.

Izzad terus mengerang kesakitan memegang pergelangan kakinya.

"Izzad!" Leyla mendekati Izzad.

Clarissa Rose mengeluh. Isyarat mata diberikan kepada Cleopatra dan Q. Faham. Mereka berdua terus berdiri di hadapan tetamu-tetamu tidak diundang.

"Please back-off." Cleopatra mengangkat tangan di hadapan lelaki bertubuh tegap tadi. Menghalang lelaki itu daripada meneruskan langkahnya.

"Sorry but no sorry. Please back-off. Can't you see? Ini gelanggang silat. You mess up at the wrong time in the wrong place. So please. Nak dihormati? Tolong belajar menghormati." Ujar Q pula. Tegak di berdiri di hadapan Sabila dan Datin Fara.

"Aku cuma nak ambil menantu aku. That's it. Jadi tolong beri laluan."

"Kau dengar tak apa mummy aku cakap? Tepi sikitlah!" Sabila mahu menolak bahu Q. Namun ada tangan melingkar di pergelangan tangannya sebelum tangannya terasa dipulas ke sisi.

"Aduh! Sakitlah!" Sabila mengaduh sakit. Matanya menjeling si pemilik empunya tangan itu.

Pandangan Cleopatra tajam menikam mata Sabila. Terus dia menolak tangan itu menjauhi Q. Kakinya melangkah sedikit. Berdiri betul-betul di hadapan Datin Fara. Tangan naik bersilang di dada. Kepala didongakkan sedikit dengan mata mencerun tajam memandang Datin Fara.

"Let me repeat. Please. Back-off. Easy."

Cleopatra melangkah maju ke hadapan. Datin Fara, Sabila dan dua orang pengikutnya terundur ke belakang sehingga mereka melangkah keluar dari gelanggang.

Kau ingat kau seorang je boleh sombong menonggek? Aku pun boleh lah.

"Kau ingat kau siapa? Aku Datin Fara lah. Kau tu budak kampung. Tak layak nak halang aku."

Kepala hangguk dia. Meh sini aku ajar macam mana budak kampung bergusti!

"Gelaran Datin tu tak bawa mati pun mak cik. Bawa-bawalah sedar diri. Rambut mak cik pun dah beruban. Apa kata mak cik balik je. Orang tua tak elok keluar malam-malam." Q berkata dengan senyuman tidak bersalah di bibir. Sarkastik benar nada suaranya.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now