💋 •BAB 34•

50.5K 3.1K 521
                                    

ENRIQUE DANNIKA melangkah keluar dari bilik dengan tangan yang ligat melilit tali leher yang tergantung di lehernya. Kembang kempis hidungnya saat bauan enak mula memasuki rongga hidung.

Sedapnya bau.

Langkah kaki terus diatur tenang menuruni anak tangga dan mendekati meja makan. Ada nasi goreng yang masih berasap panas dan seteko air teh.

Enrique senyum. Tangan menyentuh sedikit senduk nasi goreng. Emm. Pandai juga eh isteri aku tu memasak.

"Awak dah turun?"

"Ehem!" Enrique terus jauhkan tangan dari senduk dan buat-buat garu kepala. Terkejut dia terpandangkan kepala yang terjengul dari dinding dapur itu.

Ish terkejut gua.

"Awak makanlah dulu. Saya nak basuh kuali sekejap." Seketika kemudian tubuh itu hilang dari pandangan mata.

Enrique angkat bahu dan terus melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan. Tangan menyenduk sedikit nasi goreng itu.

Sayup-sayup kedengaran suara lunak bernyanyi kecil dari arah dapur. Amboi gembira nampak?

Enrique mula menyudu.

Emm. Not bad.

Suapan kedua.

Sedap.

"Awak nak pergi kerja ke?"

Pertanyaan itu membuatkan Enrique terus mengalih pandang ke arah Ammara Rose yang berjalan ke arah meja makan.

Enrique yang baru hendak menyuap nasi goreng ke dalam mulut terus terkaku saat terpandangkan Ammara Rose yang sedang melangkah tenang ke arahnya. Sudu di tangan terlepas dan jatuh ke atas lantai. Berdenting bunyi sudu bercium dengan lantai.

"Awak dah kenapa?" Ammara Rose memandang pelik Enrique Dannika sebelum tunduk mengutip sudu yang terjatuh tadi.

Enrique masih membatu di tempatnya dengan mata yang terkedip-kedip. Detak jantung berubah rentak. Semakin laju. Halkumnya tenggelam timbul.

Gila.

Mana taknya. Ammara Rose santai dengan hanya kemeja besar di tubuhnya. Labuh paras peha dan lengan kemeja itu dilipat sehingga siku.

"Kau... kau gila?" Enrique menikam tajam mata kelabu Ammara Rose.

Berkerut dahi Ammara Rose. Tangannya mencapai lagi satu sudu yang masih belum diguna dan diletak di atas pinggan Enrique.

"Apa yang gila?" Tenang benar nada suara itu. Ammara Rose melabuhkan punggung di sebelah Enrique. Air teh dituang ke dalam cawan Enrique sebelum dituang pula ke dalam cawannya.

Perlahan-lahan Ammara Rose menyisip teh panas itu dengan penuh berhati-hati sebelum tubuh disandarkan ke kerusi.

Lama Enrique memandang ke arah Ammara Rose.

"Kenapa pandang saya macam tu? Makanlah." Ammara Rose diam memandang Enrique. Lama mata hazel itu bersatu dengan pandangannya.

Aku ada buat salah ke?

Enrique terus mengalihkan pandangan matanya. Dia mendengus kasar.

Tak aman hidup aku.

Sekarang ni siapa dera siapa sebenarnya?!

Enrique melonggarkan tali lehernya sebelum sudu dicapai dan mula menyuap lagi nasi goreng ke dalam mulut. Diam. Langsung tak toleh kiri kanan.

Ammara Rose mencapai sekeping roti potong dihadapannya dan dimakan begitu sahaja. Sebab dia jarang makan nasi pagi-pagi macam ni.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now