💋 •BAB 15•

41K 2.7K 168
                                    

CLARISSA ROSE terus berlari masuk ke dalam bangsal kuda itu. Laju dia meluru ke arah bangsal kuda di hujung sekali. Ada ukiran nama di situ.

Rosie.

Beberapa orang yang memandang cemas ke dalam bangsal itu terkejut melihat susuk tubuh Clarissa Rose dari jauh. Terus mereka memberi laluan dan membongkokkan tubuh. Tanda hormat.

Langkah Clarissa Rose menjadi lemah sebaik sahaja melihat kesayangannya yang sudah terbaring lemah di atas lantai pasir bangsal itu. Lemah.

"Athena..." Riot terkejut melihat Clarissa Rose. Dia yang tadi sedang menggosok tubuh lemah Rosie dengan tuala hangat terus terhenti.

Clarissa Rose melangkah perlahan ke Rosie. Tubuhnya menggigil. Airliur terasa kelat untuk ditelan.

"Rosie?" Seru Clarissa Rose. Suaranya lembut. Membuatkan kuda hitam yang dari tadi diam mula menunjukkan reaksi. Kakinya bergerak sedikit. Bagai mahu berdiri. Bagai kehadiran tuannya memberinya sedikit kekuatan.

Namun Rosie terlalu lemah. Dia kembali terbaring semula. Kakinya bergerak lagi. Mahu mendekati Clarissa Rose.

Clarissa Rose terus melutut di sebelah Rosie. Diam. Suasana bertukar sunyi sepi. Hanya bunyi nafas kasar Rosie yang kedengaran.

Clarissa Rose rasa sebak melihat mata berkaca Rosie. Walaupun Rosie hanyalah seekor kuda, dia sangat sayang akan Rosie. Bukannya sekejap mereka berkawan. Rosie lah kekuatannya di saat dia jatuh. Rosie lah yang sedia berdamping dengannya di saat dia memerlukan.

Rosie haiwan. Dan haiwan pun punya perasaan. Haiwan juga mahu disayangi.

Menggigil tangan Clarissa Rose menggosok badan Rosie. Tangannya naik ke leher Rosie. Lembut dia mengusap leher kuda itu.

"I'm sorry. I've tried to save him but... It just getting worse. I..."

"What happened?" Bergetar suara Clarissa Rose memotong kata-kata Riot. Riot menelan liur. Dia dapat rasakan yang gadis itu menahan pelbagai rasa.

Jika dia melihat haiwan kesayangannya seperti ini, dia pun pasti rasa sedih. Rasa marah.

"He was poisoned."

Mendengar kata-kata itu, Clarissa Rose terus mengenggam penumbuk. Rahangnya bergerak-gerak. Amarah mula menguasai dirinya.

Rosie baby...

"I tried to help. But it was too late. The poisoned..."

"Go." Perlahan suara itu. Namun cukup buat Riot terdiam.

Suasana sepi. Sangat sepi.

"I said go! Just leave us alone!" Jerkah Clarissa Rose. Riot akur. Terus mereka semua pergi meninggalkan ruang bangsal istimewa itu. Meninggalkan Clarissa Rose dan Rosie berdua.

Clarissa Rose terus menggosok lembut kepala Rosie sebaik sahaja mereka semua pergi. Meninggalkan dia bersendiri dengan Rosie disaat-saat akhirnya.

"Rosie baby..." Clarissa Rose senyum. Tidak mahu orang melihat airmatanya yang bakal jatuh ke pipi dan tidak mahu Rosie melihatnya menangis.

"You're strong Rosie. It's okay. You have me." Pujuk Clarissa Rose.

Terkelip-kelip mata Rosie. Nafasnya semakin laju. Semakin kasar bunyi nafasnya menyapa gegendang telinga Clarissa Rose.

"Please be strong Rosie. Don't leave me alone. I need you..." Clarissa Rose menahan rasa yang semakin memberat di hatinya.

Rosie menggerakkan sedikit kakinya. Menyentuh lembut sisi peha Clarissa. Bagai memujuk gadis itu.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now