Bab 56

17K 1.2K 323
                                    

WARNING ⚠️
TOO MANY HARSH WORDS, READ AT YOUR OWN RISK‼️

Aku mengerut dahi saat telinga menangkap bunyi bising di luar bilik. Ayman dipangku yang sedang pulas tidur itu aku angkat perlahan lalu diletakkan di atas katil. Hendak kejut anak kecil itu semata mata mahu ajak turun ke bawah pula rasa serba salah. Jelas ternyata Ayman mengantuk sejak tadi, baru kini dia dapat tidur nyenyak.

Baru saja kakiku hendak menyentuh lantai, dahn pintu bilik terkuak dari luar. Serentak itu kepalaku mendongak memandang pintu.

" Mama.. "

Aku tersenyum kecil. " Ayden. Kenapa sayang? ". Mesti pelik kan kenapa Ayden boleh tiba-tiba panggil aku mama? Ayden dah mula panggil aku mama, itupun atas arahan Ayriel. Sama ada anak kecil itu sudah menerimaku sepenuhnya ataupun tidak, itu aku sendiri tidak pasti. Biarlah waktu yang tentukan segalanya.

" Papa panggil suruh turun bawah. ", ringkas Ayden menjawab. Sempat wajah ibu tirinya itu dia tilik. Kenapa bibir mama pecah, muka pucat? Sudah lama dia mahu tanya, tetapi entah mengapa tidak terkeluar ayat itu saat bersama wanita itu.

" Sekejap mama pakai tudung. "

Ayden cuma mengangguk. Melihat Aliyah yang bersusah-payah hendak turun dari katil memaksa Ayden menerpa masuk ke dalam bilik. Langsung lengan ibu tirinya itu dipegang, mahu membantu.

Aku tergamam seketika. A-Ayden tolong aku? Wajah kecil Ayden aku pandang lama, sebelum senyuman kecil dihadiahkan kepadanya. " Mama sakit ke? "

Aku menggeleng kepala tanda tidak, tidak mahu Ayden khawatir. Sebenarnya aku masih terkejut dengan tingkah Ayden, terharu juga dalam masa yang sama. Ayden dah boleh terima akukah? " Tangan mama— lebam. Siapa buat? "

Bulat anak mata Ayden memandang Aliyah, menanti jawapan yang bakal meniti keluar dari bibir wanita itu. Keluhan dilepaskan apabila Aliyah diam tidak menjawab soalannya.

" Papa buat? "

Sekali lagi aku terkelu lidah dengan anak kecil ini. Kenapa dengan Ayden hari ini? Dia risaukan akukah? " T-tak, Ayden. Tangan mama tersepit masa papa nak tutup pintu bilik. Papa tak sengaja, sayang. "

" Sure? ", Ayden masih tidak percaya. Aku laju mengangguk kepala, tidak mahu Ayden terus bertanya. Biarlah hal ini aku dan Ayriel saja yang tahu, tidak mahu buat orang lain susah hati. " Dah jangan risau, tak ada apalah sikit je tu. Nanti mama sapu ubat baiklah dia. Jom tur—"

" Haritu Ayden dengar mama nangis."

Aku mati kata, tidak tahu bagaimana lagi hendak menafikan. Anak kecil itu seakan akan tahu apa yang sudah terjadi antaraku dengan Ayriel.

" Tak adalah, mana ada mama nangis. Ayden salah dengar kot. Dah jom turun bawah, papa dah tunggu tu. "

Melihat Aliyah seakan mahu mengelak daripada soalannya memaksa dia untuk mengalah. Tangan kecilnya dipimpin Aliyah lantas masing masing membawa diri keluar dari bilik itu menuju ke bawah, ruang tamu.

*🌙*


Bbukk!

Ayriel yang jelas tidak bersedia apa-apa terpana saat wajahnya ditumbuk kuat dari sisi kiri. Tahulah dia bahawa Azriel yang melakukannya. Tak mungkinlah Dato Asyraf memandangkan orang tua itu berada di hadapannya, bukan di sebelah. Tepi bibirnya yang pecah itu langsung tidak diendahkannya, malah matanya galak memandang wajah bengang Azriel.

SUPER MAMA Where stories live. Discover now