Prolog

84.9K 2.1K 274
                                    


" Kau betul-betul nak kerja ? "

Aku pantas mengangguk . Dapat jadi cleaner pun aku tak kisah , asalkan kerja . Aku dah penat hidup semai anggur setiap hari .

Kini aku dan Encik crush dua minit berada di sebuah kafe . Aku tak tahu apa nama kafe ni sebab tadi masa masuk ke dalam , aku tak sempat nak usha nama kafe dekat board atas tu . Suasana kafe di sini masih lenggang memandang waktu lunch hour belum tiba . Hanya ada beberapa orang sahaja . Kalau tak silap aku , lebih kurang empat hingga enam orang pelanggan sahaja termasuk aku dan Encik Ayriel .

" By the way , aku tak tahu lagi nama kau . "

" Aliyah Natasha . Panggil Aliyah je . "

Pantas sahaja aku memperkenalkan diri . Bila tengok balik dia ni , tak adalah annoying sangat . Aku tarik dia jadi crush aku balik boleh kan ?

" Aliyah ? Okay , aku panggil kau Ali . "

Aku batalkan niat nak tarik dia jadi crush aku balik tadi boleh ?

" Encik , sumpah tak lawak . "

Aku rasa macam nak lempar saja chocolate wafer ni dekat muka dia . Dah elok-elok ibu abah letak nama perempuan , suka hati dia saja tukar jadi nama lelaki !

" Apa-apa jelah . Tadi kau cakap kau nak kerja kan ? Tak kesah kerja apa pun ? "

Dan sekali lagi aku mengangguk . Nak suruh aku jadi bini kau pun boleh , Ayriel ! Hahahaha .

" Kau pandai jaga budak ? "

Aku menggaru rambut yang tidak gatal di sebalik tudung sambil mengerut dahi .

" Bolehlah , tak adalah susah sangat jaga budak since saya pun selalu jaga anak buah saya . "

Aku lihat Encik Ayriel sekadar mengangguk . Tidak lama selepas itu , dia mengambil telefon sebelum ruang gambar dalam telefonnya itu dibuka . Terus sahaja dia suakan pada aku . Makin bertambah kerutan di dahiku , tak faham .

Aku memandang gambar yang tertera pada telefon mahal lelaki itu . Iphone 12 kot . Aku nak beli Iphone5 pun tak lepas-lepas . Hmm ..

" Siapa ni ? Comel . "

Tanyaku perlahan namun masih kuat pada pendengaran lelaki itu . Tidak dapat dinafikan , kanak-kanak dalam gambar itu sungguh mencuitkan hati aku . Comel belaka !

" Anak aku . "

Tersentak aku seketika . Terus mukanya aku pandang . A-anak dia ? Ya Allah , crush aku suami orang !

" O-ouh . "

Aku menundukkan kepala . Kecewa mungkin ?

" Aku nak kau jadi pengasuh kepada hero-hero kemetot aku ni . "

Langsung aku mengangkat wajah . Pengasuh ? Kenapa bukan mama kepada si kemetot-kemetot Ayriel ? Hmm .. Ehh !

" K-kenapa saya ? Mama diaorang kan ada , buat apa nak upah pengasuh lagi ? "

Seriously , makin lama makin pelik aku dengan Encik Ayriel ni . Dah ada bini yang boleh jaga anak-anak , buat apa nak ambil pengasuh lagi ? Jadah dia !

" Mama ? Anak-anak aku tak ada mama . Ada mama pun tapi tak mengaku anak . Bodoh ! "

Aku mengetap bibir . Otakku cuba menghadam ayat Encik Ayril tadi . Ada mama tapi tak mengaku anak ? Seketika aku seakan tersedar . Takkanlah dia .. Ahh , tak mungkinlah ! Jauh sangat kau fikir ni , Liya .

" Betullah apa yang kau fikirkan tu . Aku duda , anak tiga . "

Aku diam . Jadi , betul lah andaian aku tadi ? Dia duda .

" Kau nak tak jadi pengasuh untuk anak-anak aku ? Aku tak selalu ada dengan diaorang , sibuk dengan hal pejabat , outstation sana sini lagi . Buat masa ni , mummy aku yang jaga diaorang . But , mummy dah tua . Aku taknak susahkan dia lagi . Aku harap kau pertimbangkanlah tawaran aku . "

Aku bungkam . Nak terima ke tak ? Ah , terima jelah ! Daripada aku menganggur tak dapat duit , baik aku kerja .

" Gaji berapa ? "

Encik Ayriel tersenyum senget . Nampak gaya macam setuju .

" Pasal gaji kau tak payah risau . Untuk sebulan yang pertama aku akan bayar kau RM5000 . Lepas sebulan dan seterusnya gaji kau akan kekal RM3000 . Cukup ? "

Tercengang aku yang mendengarnya . Sebulan yang pertamaRM5000 . Lepastu RM3000 sebulan ? Weyhh , banyak tu !

" Tu pun dah cukup banyak , Encik Ayriel . Kalau macam tu , saya terimalah . Bila saya boleh start kerja ? "

" Esok . Nanti aku send location rumah aku . "

Tanpa meminta izin , Encik Ayriel mengambil telefonku di atas meja . Ahh sudah , dia nak buat apa pula kali ni ? Menyesal pula tak letak password . Tipikal aku memang tak suka letak password . Bukan apa , aku mudah lupa . Kadang-kadang tarikh lahir aku pun boleh lupa . Hehehe ..

Hanya seketika , dia memulangkan kembali telefonku .

" Dalam tu dah ada number phone aku . Aku nak malam ni kau text aku . Lepas isyak , direct text aku . Lebih pukul 10.00 malam , maaf takkan dilayan . "

Aku mengangguk faham . Boleh tahan cerewet si duda ni .

Selesai sesi perbincangan , Encik Ayriel terus menghantar aku kembali ke syarikatnya . Usai berterima kasih aku berlalu pergi mendapatkan Myvi pink kesayanganku .

Mari kita balik ya , baby . Kataku sambil menepuk lembut pintu keretaku . Tak sabar pula nak kerja esok . Pintu kereta aku buka lalu membawa masuk diri ke dalam . Kereta dihidup dam tali pinggang aku pakai . Aku nak hidup lama , jadi kena jaga keselamatan diri . Dengan lafaz bismillah , hand brek aku turunkan lantas pedal minyak ditekan . Kereta mula bergerak perlahan meninggalkan kawasan itu .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now