Bab 34 - Merajuk

23.5K 1.3K 141
                                    

Sorry lambat update , saya sibuk sikit lately ni sampai tak sempat nak update :'(

Apa pun , jaga diri ya guys sepanjang musim jerebu ni . Banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar rumah . Take care !

___________________________________

Alhamdulillah perjalanan yang mengambil masa enam jam dari Johor ke Kuala Lumpur akhirnya berakhir sebaik kami semua selamat sampai di perkarangan banglo mewah milik dato' Ashraf .

Aku hanya memerhati tingkah Ayriel yang sedang memberi ikan-ikan di kolam dari jauh . Sempat aku melihat dia mengeluh seketika . Mengeluh berat pula tu .

Nak datang dekat dengan dia pun aku dah takut . Dari pagi tadi Ayriel macam cuba mengelak dari aku . Aku ada buat salah ke ?

Mahu tak mahu , aku tetap menapak ke arah tunangku . Ya , syukur Alhamdulillah aku kini sah bergelar tunang kepada Ayriel Ishraf Bin Dato' Ashraf sejak dari petang semalam .

Mula-mula terkejut juga sebab bertunang cepat sangat . Yalah aku risau pasal cincin , baju tunang semua tu . Tapi tak sangka pula Ayriel dah uruskan semuanya sejak di kampung opah lagi . Lega aku ...

" Encik buat apa dekat sini ? ", aku menyoal sebaik saja tiba di kolam langsung berdiri di sebelahnya .

Pertanyaanku tidak dijawab sebaliknya dia menjelingku tajam . Aku mengemam bibir . See , nampak sangat dia marah aku .

" Enc-- "

" We're engaged , Liya . Perlu ke kau panggil aku encik lagi ? ", potong Ayriel sempat berdecit kasar .

Aku cuba menahan senyum . Jadi , sebab ini ke dia merajuk dengan aku ?

" Tapi ..Saya dah biasa panggil encik , encik . ", aku cuba bermain tarik tali .

" Haish , lantak kaulah ! Ada tunang macam tak ada tunang . Huh ! ", Ayriel merengus kasar . Sebal dengan Aliyah .

Aku ketawa kecil . Alahai , Ayriel ku ...

" Saya gurau jelah . Awak merajuk ae ? ", tiada lagi main-main . Almaklumlah , tunang saya ni sensitif sikit orangnya .

Ayriel menarik muka . Masih lagi dalam mood merajuknya . Geram dia dengan Aliyah . Dari semalam lagi dia suruh Aliyah tukar panggilannya kepada awak-saya , bukan encik-saya lagi .

Tetapi gadis itu boleh buat bodoh saja . Pagi tadi pun Aliyah memanggilnya encik . Dan sekarang juga masih lagi tunangnya itu memanggil dia dengan panggilan yang sama . Mahu tak merajuknya Ayriel tu !

" Alahh , sorry lah .. Janji tak buat lagi .", kataku sambil memandang muka cemberut Ayriel .

Mulut Ayriel yang sudah muncung ke depan itu aku pandang . Ini kalau buat penyangkut baju pun boleh rasanya . Apahal lah Ayriel gedik semacam hari ni ?

" Awak .. Maaflah . Saya janji saya tak panggil awak 'encik' lagi . Lepasni nak suruh saya panggil awak abang , kanda , hubby , baby sayang semuanya saya sanggup . Asalkan awak tak merajuk lagi .. ", ujarku sambil mata dikelipkan berkali-kali . Acah comel jap .

" Then , good . Tapi sorry .. Aku tetap nak merajuk dengan kau dua hari . Denda sebab panggil aku encik . ", terus Ayriel melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Aliyah di tepi kolam itu . Huh , padan muka !

Aku mengeluh berat . Haih , dah pujuk pun nak merajuk lagi ke ? Kelibat Azriel yang baru saja keluar dari rumah menyapa pandanganku . Huish , lajunya jalan ! Laju-laju nak ke mana tu hoii ..

" Azriel ! Awak nak ke mana ? ", langsung aku bertanya .

Azriel berhenti menapak . Tubuu dibawa pusing ke sisi kanannya menghadap Aliyah di tepi kolam itu .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now