Bab 40

26.4K 1.3K 100
                                    

Seawal jam 6 pagi lagi aku dah berperang di dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak . Ayriel ? Lepas saja solat subuh berjemaah tadi terus lelaki itu terbongkang atas katil . Nak kejut tak sampai hati pula . Tengok muka dia pun penat semacam je .

Pagi ni pun masak tak adalah banyak sangat . Nasi goreng kampung , ayam goreng , roti bakar dan satu teko kopi . Untuk Ayden dan Ayad aku sediakan air Milo , manakala Ayman pula aku dah siapkan awal-awal dia punya susu dalam botol .

Puas Mak Mah tegah aku jangan buat kerja di dapur sebab itu semua kerja dia , tapi yalah aku ni degil . Kepala batu . Bertekaklah juga tadi dengan Mak Mah berebut kuali . Ehe !

Penyudahnya Mak Mah yang mengalah . Katanya hanya pagi ini saja dia beri peluang pada aku untuk masak . Tengah hari nanti giliran dia pula . Aku cuma ya kan jelah .

Jam di dinding aku kerling sebentar . Sudah jam 6.45 pagi . Spontan kepala dongak ke atas . Budak-budak tu dah bangun ke belum agaknya ?

Tak mahu membuang masa , kakiku terus melangkah naik ke tingkat atas menuju ke bilik Ayden dan Ayad . Ayad bersiap lambat sikit pun tak apa sebab dia masuk sekolah jam 8.00 pagi . Berlainan pula dengan Ayden yang masuk sekolah jam 7.30 pagi .

" Liya .. Nak kejut Ayden dengan Ayad ke ? ", Datin Izzah menyapa menantunya tatkala melihat Aliyah di anak tangga terakhir . Tangan mengatup perlahan pintu bilik .

" Haah , mummy . Kenapa ? "

" Ouh tak ada apa . Maaflah tak dapat tolong kamu siapkan breakfast pagi ni . Kepala mummy pening pula . "

Aku tersenyum seraya menggeleng kecil . " Tak apalah , mummy . Bukannya susah mana pun . Mummy dah makan ubat ke ? Kalau belum , Liya boleh ambilkan ubat dekat dapur nanti . "

" Tak apa , mummy dah makan ubat tadi . Liya tak payah kejut Ayden dengan Ayad . Budak dua orang tu dah bangun , mummy kejut tadi . Sekarang ni diaorang tengah mandi tu haa . "

Lah dah bangun rupanya . Terbit rasa serba salah bila mummy yang kejutkan Ayden dan Ayad . Aku mama diaorang , sepatutnya aku yang kejutkan mereka bukan mummy .

" Maaflah mummy dah susahkan mummy . Pagi-pagi lagi dah bangun kejut Ayden , Ayad . Dengan pening kepala lagi . Minta maaf sangat-sangat . "

Datin Izzah gelak kecil . Alahai menantu aku ..

" Tak ada apalah . Liya pergilah kejut Ayriel sana . Daddy cakap hari ni Ayriel ada meeting pukul 8.00 pagi nanti . "

Kau tengok , baru kahwin laki dah kena kerja . Nak buat macam mana , demi mencari sesuap nasi buat anak bini . Hmm ..

Aku menjatuhkan kepala . Langkah terus dibawa ke bilik sebaik saja usai mempamit diri .

Tubuh Ayriel yang diselubungi selimut satu badan menyapa pandanganku tatkala pintu bilik dibuka . Bibir mengulum senyum nipis .

" Abang , bangun . Dah pagi ni . "

Tiada respon dari Ayriel . Tak bergerak .

Tidak berputus asa , aku mengejutnya sekali lagi . Masih sama seperti tadi tiada respon .

Lengan sasa suamiku aku pegang , namun cuma seketika sebelum aku menyedari terasa seperti ada haba panas pada badan Ayriel . Spontan belakang tapak tanganku naik menyentuh dahinya .

" Astaghfirullah , panasnya ! Abang demam ni ! "

*🌙*

Sudu aku suakan pada mulut Ayriel . Ayriel meggeleng lemah , tidak mahu . " Makanlah sikit . Nanti perut abang kosong . "

SUPER MAMA Where stories live. Discover now