Bab 64

22.6K 1.5K 819
                                    

Azriel berjalan santai menapak masuk ke dalam bilik isterinya. Kini dia berada di rumah mertuanya. Yelah, baru siang tadi nikahkan, tak akanlah nak bawak Nadhirah balik ke rumahnya terus. Bagilah Nadhirah masa sikit untuk spend time dengan family lain sebelum dia bawa gadis itu tinggal bersamanya nanti.

Eh gadis eh? Tak apa, japlagi dah tak gadis hihi. Gatal!

Langkahnya terhenti apabila seorang gadis tiba-tiba muncul di hadapannya sambil mendepakan tangan. Pasti gadis ini sepupu kepada Nadhirah, tetapi tidak pasti pula dia siapa namanya. Bukan tak nak ambil tahu, cuma tak sempat sebab sedara-mara isterinya boleh tahan ramai jika hendak dibandingkan dengan keluarganya.

Cantik juga minah ni, tapi maaf tak secantik bini aku. Heh! Ada lawankah?

Lahh author lagi cantik! Ceh, perasan sekejap hehe

" Erm— Hai, nama saya Yani. Awak suami Nadhirah, Azriel kan? ", gadis bertudung bawal itu tersipu malu berdiri di hadapan Azriel. Dalam hati memuji kekacakan lelaki itu. Macam mana Nadhirah boleh dapat suami kacak seperti Azriel? Mesti guna ilmu hitam!

Terjongket kening sebelah Azriel. Minah ni dah kenapa? Rambut yang tak gatal dia garu. " Ouh— err yah hai. ", Azriel membalas kekok. Kang tak balas kena cop sombong pula!

" Aaa by the way, selamat datang ke keluarga kami! Jangan kekok sangat tau, kitaorang semua baik-baik, sporting habis. ", ujar si gadis bernama Yani tadi sambil menghulurkan tangannya kepada Azriel.

Semakin bertambah kerutan di dahi Azriel. Azriel mengeluh perlahan sebelum tersenyum pendek. Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat atas huluran tangan Yani tadi. Nak pegang tak boleh, haram macam babi. Tak boleh tak boleh!

Baru saja dia hendak menapak pergi, sekali lagi Yani bertindak menghalangnya membuatkan Azriel berdecit perlahan. Dalam hatinya sudah mendongkol geram. Eh perempuan ni aku back hand kang!

" Err by the way, esok awak free tak? " Yani menyoal dengan jarinya sengaja bermain-main di dada bidang Azriel. Boleh tahan tegap juga suami Nadhirah ni. Sudahlah kacak, kaya, bertubuh tegap pula tu. Cukup pakej! Getus hati Yani dalam diam.

Membulat besar anak mata Azriel sebelum lekas-lekas jari yang sedang menari di dadanya itu dia tepis. Ini kalau Nadhirah nampak, sumpah mampus dia kena tidur luar. Confirm tak ada first night! " Jangan beria sangat boleh? Kalau tak boleh hormat aku sebagai orang baru dalam keluarga ni, it's okay i don't mind. But please, do respect me as Nadhirah's husband. "

" Who's care? Orang yang dah lama kahwin pun boleh bercerai, inikan pula yang baru kahwin kan awak? " Yani mencebik bibir. Sikit-sikit Nadhirah, menyampah betul! Kalau ya pun Azriel suami orang apa dia kisah? 

Azriel menggulingkan biji matanya ke atas. Dia ingatkan selepas Bella keluar dari hidupnya, bolehlah aman sekejap. Tak sangka pula boleh muncul lagi sekor spesies Bella. Haih! Aku blend jugak bumi ni kang!

" Suka hati kaulah, malas aku nak layan. Now, boleh ke tepi sikit tak? Aku nak masuk bilik ni. Bini aku dah tunggu tu nak buat anak japlagi! "

Yani menghentakkan kakinya apabila lelaki itu sengaja menyakitkan hati dia. Boleh tahan menyebalkan juga Azriel ni. Eeeyy! Yani menggigit bibir perlahan sebelum pandangan menggoda dihadiahkan kepada Azriel.

" Kalau awak tak kesah, saya sanggup je jadi yang kedua. Itupun kalau awak sud—"

" Abang.. "

Serentak Azriel dan Yani menoleh saat satu suara menyapa deria pendengaran masing-masing. Sekali lagi mata Azriel membulat besar. Ah sudah, mampus!

SUPER MAMA Where stories live. Discover now