Bab 37 - isteri

28.8K 1.5K 38
                                    

Sedar tak sedar , hari yang paling dinantikan bagi aku dan Ayriel akhirnya tiba . Sebenarnya bukanlah dinantikan sangat pun , cuma bila makin lama makin mendebarkan .

Lagi beberapa minit saja lagi , aku akan bergelar isteri sah kepada Ishraf Ayriel . Aku sedar , pada waktu itu juga status hidup aku akan berubah sepenuhnya .

Lepasni nak keluar sesuka hati dah tak boleh . Semuanya perlu dilakukan atas keizinanan sang suami . Takut untuk hidup kena kongkong ? Bagi orang lain , mungkin mereka tidak suka . Tapi bagi aku ..Ya , aku tak kesah asalkan di mana ada Ayriel di situ ada Aliyah . Hikhoks !

Kini aku sudah berada di kampung halamanku , di Batu Pahat . Kami akan bernikah di masjid . Itu pun atas permintaan abah sendiri . Katanya , akad nikah di masjid lebih afdhal . Ikutkan aku , nikah je kat mana-mana pun boleh saja . Asalkan nikah , sah , sarung cincin , cium peluk semua tu .. Dah settle !

Bebola mata naik memandang Ayriel yang sedang duduk bersila dengan tenang di hadapan abab sebagai wali . Meskipun hanya berbaju melayu putih dipadankan lagi dengan samping dan bersongkok hitam , auranya tetap menarik perhatian orang ramai . Lagi-lagi aku .

Tak berkelip mata aku pandang Ayriel masa baru nak melangkah masuk ke dalam masjid tadi . Hensem namatey !

Lamunanku terhenti seketika tatkala suara abah menyapa halwa pendengaranku . " Pengantin lelaki dah bersedia ? "

Jawapan anggukan daripada Ayriel entah mengapa semakin membuatkan jantungku berdebar-debar . Haih , baru aku tahu macam ni rupanya dedor bila nak nikah .

" Baiklah , saya mulakan ya ? ", terangguk-angguk kepala tiga orang saksi di situ .

" Ayriel Ishraf Bin Ashraf Mikael , aku nikahkan dikau dengan puteriku , Aliyah Natasha Binti Luqman al-Wahid dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit dibayar tunai . "

Jabat tangan ditekankan ke bawah debaik sahaja Luqman meluncurkan kata memberi tanda Ayriel harus mengucapkan akad nikah .

" Aku terima nikahnya Aliyah Natasha Binti Luqman al-Wahid dengan mas kahwin lima ratus ringgit dibayar tunai . "

" Sah ? ", Luqman menyoal tiga orang saksi di sebelah kiri dan kanannya .

" Sah ! "

Dengan sekali lafaz saja telah mengesahkan aku dan Ayriel kini sudah bergelar suami isteri . Ijab kabul yang dilafazkan Ayriel sebentar tadi sedikit sebanyak memberikan satu suasana yang lain di hatiku . Dalam sedih tersimpan satu perasaan lega .

Lega ? Ya . Aku tak tahu kenapa aku perlu rasa macam ni tetapi inilah hakikatnya . Hakikat yang kini aku sudah bergelar Mrs Ayriel . Selepas ini pasti tanggungjawab aku di bawah bahu Ayriel sepenuhnya .

Air mata sebak yang mengalir sedari tadi disapu lembut sebaik sahaja Ayriel melabuhkan duduknya di hadapanku untuk sesi menyarung cincin .

" Jangan nangis , aku tak suka . Muka kau nampak buruk bila nangis . ", Ayriel membisik perlahan di telinga isterinya . Sengaja mengusik !

Tanganku spontan naik menumbuk dada bidangnya dengan kuat . Geram ! Orang dah lah tengah emo ni , dia boleh pula kutuk aku . Kan dah kena .

"Sakitlah , sayang ! " decitan sakit Ayriel mengundang rasa malu buatku . Pipi sudah mula kemerah-merahan . Aish , dia panggil aku sayang !

" Kamu berdua ni kalau ya pun nak berdrama , sabor lah kejap . Balik nanti dalam bilik korang nak bergusti pun kitaorang tak kisah ! Sekarang ni sarung cincin dululah hoii .. ", geng-geng makcik bawang mula berbunyi .

Aku dan Ayriel sama-sama sengih . Tangan dihulurkan kepada Ayriel lalu dipegang Ayriel . Perlahan cincin disarung lembut masuk ke dalam jari . Aku tersenyum suka .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now