Bab 6- Menyusahkan

27.5K 1.7K 188
                                    

Rambut Ayad di sebelah aku usap perlahan penuh kasih . " Papa tak datang ? "

Terhenti terus tanganku dari terus mengusap rambut Ayad . Senyuman nipis Aku lontarkan kepada anak kecil itu .

" Akak dah call papa , tapi tak dapat . "

Ayad mengeluh . Aku yang tengok pun dah rasa macam nak nangis , inikan di tempat dia pula kan ? Sakit duhh . Lagi sakit dari putus cinta !

" Muhammad Ayad Irfan Bin Ishraf Ayriel . "

Aku dan Ayad menoleh ke arah suara itu . Aku tersenyum lebar , sebelum kepala Ayad aku tarik memandang wajahku sepenuhnya . Terkebil-kebil budak tu dengan tingkahku .

" It's your turn , Ayad . Lari kuat-kuat tau , sampai dapat nombor satu . Akak akan sokong Ayad dari jauh . "

Ayad menarik turun tanganku dari wajahnya .

" It's nothing , Kak Ali . Papa tak ada , tak bermakna pun . Tak payahlah sokong Ayad . Ayad tak akan menang pun . "

Wow , satu perubahan yang baik . Ayad panggil aku akak okay ? No makcik lagi . Walaupun dia panggil aku Ali , but it's okay . Kali ni aku maafkan .

" Ayad , listen . Hiraukan semua tu dan buat yang terbaik . Lari kuat-kuat sampai Ayad dapat pingat . Papa tak ada pun tak apa , akak ada . Akak sokong Ayad dari jauh . Yang penting Ayad kena usaha sampai dapat pingat emas . Kalau Ayad dapat nombor satu , semua bangga dengan Ayad nanti . Papa pun sama , mesti dia bangga Ayad dapat nombor satu ! "

Aku memberikan semangat kepada Ayad . Tak kesahlah dia nak marah ke apa , yang penting dia tak muram lagi . Ayad perlahan-lahan bangun dari duduknya .

" Ayad nak buat papa bangga . Papa mesti suka kan ? Akak janji ae sokong Ayad ? "

Aku tersenyum kecil bila Ayad menghulurkan jari kelingkingnya kepadaku . Aku mengangguk seraya menyambungkan jari kelingkingku ke jari kelingking Ayad . Pinky promise . Auwwww , Ayad why you so cute ?!

Kami melepaskan tautan jari kelingking dan Ayad berlari mendapatkan cikgu yang memanggilnya tadi . Sedikit sebanyak aku dapat lihat mimik muka kanak-kanak itu sudahpun bertukar kepada ceria . Alhamdulillah ..

Kini Ayad dan rakan-rakannya yang sudah pun mula berdiri di garisan permulaan . Aku tak tahulah apa nama acara larian yang Ayad masuk . Larian 100 meter kot . Ke semua peserta bersiap sedia sebelum tiupan wisel dibunyi . Hatiku dihambat rasa gemuruh . You can do it , Ayad .

Sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan , semua peserta termasuk Ayad terus memecut laju ke hadapan . Aku pula menjerit di tempat duduk . Lantaklah orang nak cakap aku gila , yang penting aku sokong Ayad . Pedulikan orang lain , settle .

" Ayad ! Go , Ayad ! Fighting ! Go Go , Ayad ! "

Alhamdulillah , berkat aku menjerit sampai nak tercabut anak tekak akhirnya Ayad menang . Dapat nombor satu tauu ! Bangga sekejap .

Ayad terus berlari ke arahku sebaik sahaja menamatkan lariannya . Gembira betul dia bila dapat jadi johan ! Aku yang masih lagi tidak bersedia , tiba-tiba diterpa Ayad . Ayad peluk aku . Erat .

Aku senyum nipis . Tanganku naik mengusap belakang badannya . Buat pertama kalinya Ayad memeluk aku selain Ayman .

" Akak , Ayad menang ! Ayad dapat nombor satu ! "

" Ya , sayang .. Akak nampak . You did a great job , little boy ! Nanti balik akak belanja Ayad makan McD sebab Ayad dapat jadi johan . "

Ayad mengangguk-anggukkan kepalanya . Suka . Syukurlah kalau dia suka .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now