Bab 62

22.6K 1.7K 1.5K
                                    

Aku diam duduk termenung memandang langit biru di luar tingkap. Kaca televisyen yang terbuka langsung tidak menarik perhatiannya. Burung-burung yang terbang bebas di luar membuatkan hujung bibirku spontan ternaik sedikit.

Bebas.

Drip air pada tangann aku jeling sekilas seraya keluhan kecil dilepaskan. Sama seperti yang aku jangkakan sebelum ini, sekarang aku berada di hospital. Tidak perlu tanya pun, aku sudah tahu mengapa aku berada di sini. Tangan kananku naik memegang perut.

Kosong. Sudah tiada isi.

Lama tanganku berada di atas perut. Cukup lama untuk melepaskan rasa terkilan terhadap diri sendiri. Ibu jenis apa aku ni? Anak sendiri pun tak boleh nak selamatkan. Tahunya nangis, nangis dan terus nangis. Sudah terang lagi-bersuluh kau ni memang lemah, Liya.

Saat doktor memberitahu janin yang masih lagi baru dalam perutku ini tidak dapat diselamatkan, aku sendiri sudah dapat menduga khabar buruk itu. Seminggu aku di hospital, seminggu jugalah aku menahan diri dari mengeluarkan air mata. Jangan nangis!

Jujur jauh dari sudut hati, aku sedih, kecewa, bahkan sangat terkilan. Wanita mana je yang tak sedih bila keguguran? Sudahlah anak pertama. Kekecewaan di hati bertambah sakit apabila di saat aku benar-benar memerlukan Ayriel di sisi, tetapi lelaki itu tiada. Yang ada hanyalah, keluarga mertuaku dan ibu ayah.

Bila disoal ibu pagi tadi mana Ayriel, aku sendiri terkelu lidah hendak menjawab. Dari hari pertama aku di sini, sekali pun Ayriel tak pernah datang menjenguk. Mungkin lelaki itu sedang sibuk dengan bekas isteri. Tch!

Bunyi kuakan pintu dari luar menyapa gegendang telinga, namun sedikitpun tidak aku menoleh ke belakang. Mata masih lagi kekal statik pada tingkap kaca memandang ke luar.

" Liya.. "

Sekejap anak mata hitamku bergerak ke kanan sedikit sebelum dihalakan semula ke hadapan. Aku mengeluh perlahan. Baru cakap pasal dia, sudah muncul tuan badan.Tch! Dah seminggu aku di sini baru sekarang hendak muncul tunjuk muka?

" Makan sikit, Liya. Mummy cakap dari semalam sayang tak makan. Abang suap eh? "

Ayriel bersuara perlahan, tidak mahu mengganggu emosi isterinya itu. Paperbag di tangan dia letakkan pada meja kecil di sebelah katil. Dia ada bawa bubur nasi untuk Aliyah, berharap agar wanita itu bisa makan memandang Aliyah masih lagi tidak mahu makan sejak semalam. Ayriel jadi risau.

Wajah Aliyah yang langsung tidak mahu memandangnya dia renung kesal. Dia sendiri masih lagi terkejut dengan berita keguguran Aliyah. Jadi, ternyata benar apa yang dikatakan Ridhwan tempoh hari. Aliyah mengandung. Tidak perlukan kepastian, dia sendiri yakin anak di dalam perut Aliyah itu anaknya. Dia yang rasmikan Aliyah pada malam itu, jadi itu anaknya.

Kalaulah dia tidak pentingkan Bella haritu, pasti anak dalam kandungan Aliyah masih lagi selamat. Patutlah selama ini tingkah Aliyah lain sangat, tampak seperti orang mengandung. Ternyata benar-benar mengandung.

Bodohnya kau, Ayriel. Sibuk fikir anak dalam kandungan Bella sampaikan anak sendiri dia tidak dapat lindungi. Tch!

Baru saja tangannya ingin menyentuh bahu Aliyah, wanita itu terlebih dahulu menepis. Ayriel mengemam bibir. Tahulah dia isterinya itu sedang marah. " Liya, abang tahu Liya marahkan abang, Liya masih lagi sedih dengan pemergian anak kita. Tapi Liya kena makan. Nanti Liya sakit. "

SUPER MAMA Where stories live. Discover now