Bab 66

23.6K 1.5K 392
                                    

Siapa nak masuk group Super Mama, link ada dekat bio saya ya. Thnkyou!❤️

*Bab kali ni tiada part Aliyah dan Ayad ye hehe.. Enjoy your reading! <3❤️



Puas rumah teres dua tingkat milik keluarga mertuanya dipusing mencari kelibat sang isteri, namun masih lagi tidak dijumpainya. Haih, mana pula bini kita ni hm. Rindu aaaaa!

Kau bayangkan dia bangun pagi saja tengok sebelah kosong, tak ada orang. Mahunya Azriel tak gelabah. Dahlah bangun tak ajak, tak dapat morning kiss pulak tu. Eeee menci menci! Ingatnya selepas Azriel siap mandi, Nadhirah akan muncul kembali di dalam bilik. Tetapi harapannya musnah. Isterinya itu langsung tak muncul. Hmm majuk!

Matanya meliar memandang anak-anak saudara Nadhirah yang kecoh sedang bermain di ruang tamu. Ingatkan saudara-mara Nadhirah ramai yang dah balik semalam, ternyata belum. Bila diaorang nak berambus ek? Eh kurang ajar betul halau orang hm.

Seorang sibuk dengan mainan, dua orang gaduh, yang lain semua megah tayang mainan. Berlagak betul! Mainan beli dekat MR.DIY pun nak bagitahu. Choihh kau dik!

Anak matanya terhenti pada seorang anak kecil yang sedang elok duduk di atas sofa dengan botol susu pada tangan. Azriel menjalan mendekatinya. " Budak, kau nampak bini abang tak? Alah yang cantik cantik tu, comel sikit, pendek macam kuman orangnya. Nampak? "

Anak kecil tadi cuma diam tidak menjawab. Matanya terkebil-kebil memandang Azriel, tidak faham. Tanpa disedari Azriel, lagi seorang anak saudara Nadhirah dalam diam memerhati. Sempat dia mengeluh kecil sebelum menggeleng memandang lelaki itu. Haih, abang ni kecik kecik tak pergi sekolah ke?

" Abang, adik saya tu baru setahun lebih. Manalah dia faham. Abang ni tak pandai eh dekat sekolah? "

Serentak Azriel menoleh ke sisinya. Eh anak siapa ni mulut macam bontot ayam? Atas bawah budak itu dipandang Azriel. Dia libas aku macamtu je mat guna ayat pedas! Suka hati dia je cakap aku tak pandai. " Tak adalah pandai sangat, tapi bolehlah dulu sekolah selalu dapat nombor satu. Ada lawankah? "

Budak tadi dalam diam menjeling tajam Azriel. Berlagak betul abang ni dapat nombor satu dalam kelas. Kita pun tak ada! Hmm.. " Saya tak pernah dapat nombor satu , tapi saya selalu dapat nombor dua dalam kelas. Maksudnya saya tak bodoh pun. "

Azriel menjongket kening. " Aku ada cakap kau bodoh ke, dik? Tak ada kan? "

Air muka anak kecil itu tadi sudah mula tersebik, sikit lagi mesti nangis. Heh, ku kira keras, ternyata kertas. Anjayyy!

" Nama kau apa, budak? ", soal Azriel tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Kang melalak budak ni dah satu hal.

" Nama saya Harith. Umur Harith 10 tahun. Yang abang cakap tadi tu adik saya, Haziq. Cita-cita Harith kan nak jadi macam abang. Kaya raya banyak duit hehe. Pastu pastu bila Harith bosan, Harith sela—" belum sempat anak kecil itu menghabiskan ayatnya, Azriel terlebih dahulu mencelah.

" Dah dah, aku tanya sikit je kau jawab lebih lebih kenapa? Berialah awak ni! ", sebenarnya malas dia mahu dengan budak tu membebel panjang panjang sama seperti Nadhirah.

" Abang cari akak cantik ke? Kakak Nadhirah? " terjenggil tajam mata Azriel saat nama Nadhirah keluar dari mulut Harith.

" Jangan panggil dia kakak cantik ehh? Aku sunatkan kau kang! Panggil dia Kak Nadhirah je. Abang jealous! "

Harith dalam diam mencebik bibir. " Abang ni berialah. Dah lah malas layan, bye! ", sempat Harith memulangkan semula paku keras. Padan muka kena balik!

Azriel mengetap gigi. Nasib baik kau budak kecik lagi tau, kalau tak dah lama dia ajak smackdown! Baru saja dia hendak mengangkat punggung, bahunya tiba-tiba saja dipegang dari belakang. Laju Azriel menoleh.

SUPER MAMA Where stories live. Discover now